Berita

Stained Glass Scarlet Dikhabarkan Akan Menjadi 'Villain' Dalam Siri Moon Knight

Views

Moon Knight merupakan salah satu rancangan Disney+ yang kini sedang dirancang Marvel Studios. Setakat ini belum ada berita mengenai pelakon yang akan memainkan watak utama Marc Spector a.k.a Moon Knight.

Namun, terdapat ura-ura bahawa pihak studio sudah mempunyai calon antagonis untuk siri Moon Knight akan datang. Menurut laporan dari MCU Cosmic, karakter komik Stained Glass Scarlet bakal menjadi salah satu penjahat yang bakal dihadapi oleh Spector.

Dalam versi komik, Scarlet merupakan bekas biarawati yang mempunyai hubungan psikik dengan Moon Knight dan mampu memasuki minda adiwira itu menerusi mimpinya. Selain itu juga, Scarlet juga mahir dalam seni mempertahankan diri.

Walaupun musuh utama Moon Knight adalah Bushman, peluang untuk Scarlet muncul dalam siri Disney+ itu tetap ada berdasarkan hubungannya dengan adiwira itu dalam komik Marvel Moon Knight.

Setakat ini, laporan dari MCU Cosmic masih boleh dianggap sebagai khabar angin memandangkan Moon Knight masih diperingkat awal. Barisan pelakon dan watak akan diketahui bila siri ini memasuki fasa produksi.

shares
Enable Notifications    Ok No thanks