Berita

Stage 6 Films Sedang Bangunkan Sekuel Filem “Searching”

View

Tahun lalu, filem bertemakan webcam thriller Searching telah mencipta kejayaan yang cukup mengejutkan. Filem tersebut menerima sambutan hangat dari para pengkritik serta penonton kerana subversi genre dan meraih kutipan memberangsangkan di pentas box office.

Didorong dari kejayaan tersebut, pihak studio Sony Pictures dan Stage 6 Films dilaporkan sedang merancang untuk menghasilkan filem sekuel Searching. Maklumat lanjut mengenai filem tersebut masih belum diketahui, tetapi dikhabarkan pihak studio telah mengumpulkan pasukan kreatif dari filem pertama untuk merangka perancangan filem kedua.

Seaching pertama kali ditayangkan di Festival Filem Sundance tahun lalu, kemudian pihak Sony menayangkan filem tersebut dipawagam-pawagam seluruh dunia dan mendapat kutipan sebanyak $75 juta dolar berbanding modal pembikinan sebanyak $880 ribu dolar sahaja.

Filem itu juga menerima rating dilaman Rottentomatoes sebanyak 92% dari 239 ulasan dan 88% rating dari penonton.

Diarahkan oleh Aneesh Chaganty dan dibintangi pelakon seperti John Cho, Michelle La serta Debra Messing, ia mengisahkan tentang seorang ayah yang cuba mencari anaknya yang telah hilang dengan bantuan seorang detektif. Filem ini memaparkan sepenuhnya rakaman dari skrin komputer dan paparan di telefom bimbit.

BACA:  American Assassin Akan Ditayangkan September Ini

Sumber: Deadline

Tinggalkan Balasan

shares