Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Squid Game Musim 2: Pencipta Siri Sahkan Gi-Hun Akan Kembali Untuk Sekuel Akan Datang

Dalam temubual dengan Associated Press baru-baru ini, pencipta dan pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk telah membincangkan masa depan siri thriller Netflix Korea Selatan itu, yang telah menjadi sensasi di seluruh dunia. Hwang mengesahkan bahawa dia dan bintang utama Lee Jung-jae akan kembali untuk musim kedua siri popular itu, dan turut mendedahkan bahawa dia kini dalam proses perancangan.

“Terdapat banyak tekanan, begitu banyak permintaan dan ramai yang mahu musim kedua,” kata Hwang. “Jadi, saya rasa hampir tiada pilihan untuk kami! Tetapi saya akan katakan memang akan ada musim kedua. Ia adalah dalam pemikiran saya sekarang. Saya sekarang sedang dalam proses perancangan.”

Walaupun ia masih dalam pembangunan awal, pengarah itu terus mengusik peminat tentang cerita dan skop ansuran kedua yang lebih besar dan banyak melibatkan watak Gi-hun (lakonan Lee Jung-jae), yang kali terakhir dilihat berikrar untuk melakukan segala yang dia mampu untuk menghentikan individu disebalik permainan maut itu.

“Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana ia akan berlaku. Jadi saya akan berjanji kepada kamu … Gi-Hun akan kembali, dan dia akan melakukan sesuatu untuk dunia.”

Squid Game dicipta oleh penulis-pengarah Hwang Dong-Hyuk, yang terkenal dengan karya seperti The Fortress, Miss Granny, dan Silenced. Ia berpusat di sekitar sekumpulan 456 pemain yang kekurangan wang yang menerima jemputan aneh untuk bersaing dalam permainan kanak-kanak di pulau terpencil dengan harapan memenangi 456 bilion won. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya mengentahui bahawa hadiah itu datang dengan pertaruhan tinggi yang boleh membawa maut.

Siri ini diterajui pelakon hebat seperti Lee Jung-Jae (Along with the Gods), Park Hae-Soo (Prison Playbook), Wi Ha-Joon (Gonjiam: Haunted Asylum), Oh Young-Soo (God of War), Anupam Tripathi (Strangers From Hell), Heo Sung-Tae (Beyond Evil), Kim Joo-Ryoung (Andante), dan model Jung Ho-Yeon dalam penampilan sulungnya di TV.

Idea untuk projek itu telah dibangunkan sejak 2008, dengan Hwang pada mulanya membangunkannya sebagai sebuah filem. Walau bagaimanapun, disebabkan kisahnya yang rumit pada masa itu, dia gagal mendapatkan pelaburan dan pelakon untuknya. Disebabkan itu, dia tidak mempunyai pilihan selain mengenepikan projeknya itu selama sepuluh tahun.

Pada masa ini, Squid Game telah menjadi pelancaran siri asli terbesar Netflix sepanjang masa. Untuk empat minggu pertamanya, ia telah ditonton oleh 142 juta ahli isi rumah di seluruh dunia.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment