Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spyglass Media Bakal Terbitkan Filem Terbaru ‘Scream’

Scream Movie

Laman  Bloody Disgusting membawakan berita menarik buat peminat filem seram  / slasher. Spyglass Media Group dilaporkan sedang membangunkan filem terbaru Scream berdasarkan francais yang dicipta Wes Craven dan penulis Williamson.

Craven telah mengarahkan keempat-empat filem Scream sebelum meninggal dunia, manakala pelbagai pengarah telah terlibat dalam siri televisyen dimana dua musim telah disiarkan MTV manakala musim ketiga di VH1.

Kesemua filem kekal ‘canon’ manakala siri televisyen telah mencipta mitologi mereka sendiri. Setakat ini tidak diketahui sama ada filem akan datang adalah filem ‘remake’ ataupun masih berada dalam dunia yang sama cipta Craven. Penulis asal francais, iaitu Williamson dilaporkan tidak terlibat dalam penulisan skrip.

Selain Scream, Spyglass Media turut terlibat dalam projek filem remake Hellraiser, dengan skrip kini sedang dirangka David S. Goyer (Terminator: Dark Fate).

Setakat ini, plot dan tarikh tayangan masih lagi tidak diketahui.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment