Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SpongeBob Movie: Sponge On The Run Akan Ditayangkan Terus Ke Platform Digital

Selepas menjadi salah satu filem yang ditunda akibat pandemik global awal tahun ini, filem animasi The SpongeBob Movie: Sponge on the Run menyertai animasi Scoob! dan Trolls World Tour, melangkau pawagam untuk ditayangkan terus ke platform digital, lapor Variety.

Filem ketiga francais siri Nickelodeon ini sepatutnya dijadualkan tayangan pada 22 Mei sebelum ditangguh sehingga 7 Ogos. Walaupun banyak studio seperti Warner Bros. berharap pawagam dibuka dua bulan akan datang, Paramount memilih jalan selamat dengan melangkau tayangan pawagam.

Berdasarkan permintaan, filem ini dijangka dirilis di platform digital pada awal 2021.

The SpongeBob Movie: Sponge on the Runmenampilkan watak utamanya iaitu SpongeBob yang sentiasa gembira dan riang bekerja sebagai tukang masak burger di Krusty Krab. Dia ditemani oleh rakan baiknya Patrick Star, jiranya Squidward Tentacles dan bosnya Mr. Krabs. Bersama mereka telah mengembara di sekitar bandar Bikini Bottom.

Ini merupakan filem SpongeBob pertama dalam bentuk komputer-animasi 3D dan digambarkan sebagai dedikasi kepada pencipta asal karakter SpongeBob, Steve Hillenburg yang telah meninggal dunia pada November tahun lalu.

Pelakon suara terdiri daripada Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, dan Carolyn Lawrence.

Tim Hill bertindak selaku pengarah manakala Hans Zimmer dan Ali Dee berkolaborasi untuk menghasilkan skor dan lagu-lagu asal. Filem ini diterbitkan secara bersama Paramount Animation, Nickelodeon Movies dan United Plankton Pictures.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee