Spoiler!! Teori Peminat Kaitkan Ghost Anak Kepada Salah Satu Karakter Dalam Filem Ant-Man And The Wasp

1325
views

Kebiasaannya, filem-filem Marvel Cinematic Universe akan menggunakan watak-watak villain yang dikenali dalam dunia komik sebagai watak penjahat dalam filem-filem mereka. Tetapi pendekatan yang cukup berbeza yang dilakukan dalam sekuel Ant-Man apabila mereka menggunakan watak penjahat yang kurang dikenali.

Ghost yang dilakonkan oleh Hannah John-Kamen merupakan villain utama dalam filem Ant-Man and The Wasp. Berdasarkan dari trailer serta sinopsis filem berkenaan, kita dapat sedikit gambaran bahawa penjahat tersebut ingin mencuri teknologi Pym dari Hank Pym dan Hope.

Berbeza dengan versi komik, karakter Ghost dalam dunia MCU dilakokan oleh seorang wanita sedangkan versi komik watak tersebut adalah seorang lelaki. Tambahan pula, Ghost bukanlah karakter utama dalam dunia komik dan merupakan lebih sebagai musuh kepada Iron Man berbanding Ant-Man. Memandangkan watak tersebut sekadar watak ‘minor’ dalam dunia komik, pengarahnya Peyton Reed dan ‘tim’ penulis skrip beliau mempunyai banyak kebebasan dalam membentuk karakter Ghost dalam filem Ant-Man. 

Marvel Studios ANT-MAN AND THE WASP
Ghost (Hannah John-Kamen)
Credit Photo: Ben Rothstein

Dari segi abiliti dan motif mungkin Peyton Reed mengekalkan kesamaannya dengan versi komik, tetapi dari segi personaliti dan identiti banyak perubahan yang dilakukan oleh pengarah tersebut. Terdapat satu teori asal usul Ghost telah didedahkan oleh laman web Screenrant. Menurut mereka, Ghost mungkin anak kepada salah satu karakter dalam filem Ant-Man and The Wasp, dan karakter tersebut adalah Bill Foster aka Goliath lakonan Laurence Fishburne.

Ini berdasarkan senarai pelakon filem berkenaan yang mendedahkan nama sebenar Ghost iaitu Ava dan pelakon kanak-kanak Raelynn Bratten yang membawakan watak “Young Ava” malah, pelakon yang juga anak sebenar Laurence Fishburn, Langston Fishburne turut melakonkan watak “Young Bill” merujuk kepada karakter Bill Foster.

Ya! filem Ant-Man and The Wasp pasti mempunyai banyak babak ‘flashback’ yang melibatkan karakter utama dan kemungkinan besar, babak tersebut akan mendedahkan hubungan sebenar diantara Ava dan Bill Foster – mungkin sebagai anak dan bapa.

Jika terbukti Ava dan Bill Foster mempunyai hubungan kekeluargaan, Marvel sememangnya tidak dapat lari dengan konsep hubungan ‘anak – ayah’ dalam franchise mereka. Apapun kita nantikan tayangan filem Ant-Man and The Wasp pada 4 Julai ini untuk melihat kaitan diantara dua watak tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here