Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

[SPOILER] Hawkeye: Makna Disebalik Angka 19 Pada Jam Tangan Rolex Milik Laura Barton

AMARAN!!! ARTIKEL INI MENGANDUNGI MAJOR SPOILER UNTUK EPISOD KEENAM DAN TERAKHIR SIRI MCU DISNEY+ ‘HAWKEYE’

Episod terakhir Hawkeye merungkai banyak persoalan, termasuklan satu pekara penting ini yang menyebabkan Clint dan isterinya, Laura menjadi sangat risau. Pekara tersebut adalah seutas jam tangan Rolex, yang mana pasangan suami isteri itu percaya bahawa ia telah musnah suatu masa dahulu. 


Banyak peminat tertanya-tanya apakah kepentingan jam tangan itu kepada mereka berdua? dan kenapa ianya dicuri oleh kumpulan mafia Tracksuit. Disini ada penjelasannya.

Jika kita mengimbau kembali Episod 4, Clint dilihat sangat bimbang selepas dia menjumpai semula sut Roninnya, tetapi bagi Laura pula, dia bimbang terdapat benda lain yang telah dirompak dari kawasan Avengers. Dalam episod itu juga, Clint memberitahu bahawa dia mengenali pemilik jam tangan itu dan pemilik tersebut sudah lama bersara dan boleh menyebabkan kesan buruk jika ianya jatuh ke tangan yang salah. 

Ketika itulah peminat mula berspekulasi bahawa jam tangan tersebut adalah milik Laura, dan dia terus dikaitkan dengan watak Mockingbird versi Marvel Cinematic Universe. Namun, selepas episod 6 Hawkeye, ternyata teori peminat tepat. 

Pada penghujung episod ‘So This is Christmas’, Clint telah membawa jam tangan itu pulang ke rumah, dan memberikan kepada Laura sambil berseloroh dengan berkata “jaga baik-baik” barang kepunyaannya. Isterinya ketawa, mengucapkan terima kasih, dan membalikkan jam tangan itu yang akhirnya mendedahkan logo S.H.I.E.L.D., bersama nombor 19 dibawah logo tersebut. 

Apa maknanya? kita boleh merujuk pada versi Komik Marvel.

Jika nombor 19 bermaksud Agent 19, ia secara tidak langsung merujuk kepada watak superheroin Mockingbird – watak yang dikaitkan dengan Laura Barton oleh peminat. 

Bagaimanapun terdapat sedikit masalah. Nama sebenar Mockingbird adalah Dr. Barbara “Bobbi” Morse, bukannya Laura Barton. Dalam versi komik, Dr. Barbara adalah ejen S.H.I.E.L.D yang menjadi salah seorang anggota Avengers. Pertama kali diperkenalkan dalam komik “Astonishing Tales #6” pada tahun 1971, dia adalah ejen yang menggunakan pengenalan rasmi “Agent 19” dan mempunyai ikatan suami isteri dengan Clint Barton.

Bagi Laura pula, wataknya berdasarkan karakter Ultimate Marvel (Earth-1610). Walaupun dia dan Barton adalah pasangan suami isteri, tidak banyak butiran mengenai wataknya dalam komik tersebut, dan hanya membuat beberapa penampilan. Jadi tidak hairan, versi ‘live-action’ Laura Barton dengan penuh dengan misteri. 

Agent 19 dalam siri “Agents of SHIELD.”

Agent 19 telah diperkenalkan dalam siri Marvel Agents of SHIELD dengan menggunakan nama berdasarkan komik, iaitu Bobbi Morse, lakonan Adrianne Palicki. Dia merupakan watak utama dalam musim kedua dan ketiga Agent of SHIELD, bekas isteri kepada karakter Lance Hunter (Nick Blood), bukannya Hawkeye, dan tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘Mockingbird’ sepanjang penampilannya dalam Agents of S.H.I.E.L.D.

Sebenarnya, tidak ada masalah untuk dua watak berlainan memegang alter-ego yang sama, dalam konteks ini, Lauran Barton dan Bobbi Morse adalah Agent 19. Dengan MCU mula dikembangkan menjadi ‘multiverse’, tidak menghairankan jika pencipta siri Hawkeye menjadikan Laura Barton sebagai Agent 19, walaupun sudah ada watak lain menggunakan pengenalan rasmi SHIELD itu terlebih dahulu. 

Marvel Studios kini mempunyai pelbagai cara untuk mengangkat watak-watak komik ke dunia sinematik mereka – sama ada mengitar semula watak sedia ada atau membawa masuk dari francais lain – terima kasih kepada idea ‘multiverse’ yang mula diperkenalkan dalam WandaVision dan Loki. 

Babak Clint memberikan jam tangan milik Laura mungkin nampak biasa, tetapi ia secara tidak langsung membuka satu lagi jalan cerita baharu dalam dunia Marvel Cinematic Universe, mungkin mengenai kisah silam isteri Clint Barton, ketika dia masih muda, masih lagi bergelar Agent 19 SHIELD yang menggunakan gelaran ‘Mockingbird.’

Strim Hawkeye (2021)

Related posts

10 Filem Hebat Dengan ‘Twist’ Yang Pecah-Otak

Kakimuvee

COMIC CON: Dari Trailer “Black Panther” Ke Pengumuman Dua Filem Baharu Avengers, Ini Perkembangan Terkini MCU Fasa 4-6

Kakimuvee

3 Sebab Mengapa “Extraordinary Attorney Woo” Menjadi Sensasi K-Drama

Zulaikha

13 Filem Hollywood Yang Sebenarnya Mengambil Inspirasi Dari Anime Popular

Kakimuvee

24 Filem Seram Korea Klasik / Moden Yang Berbaloi Untuk Ditonton Semula

Kakimuvee

13 Peranan Ikonik Samuel L. Jackson Yang Diingati Peminat

Kakimuvee

Leave a Comment