Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

[SPOILER] ‘Alternate Ending’ Black Widow Bocor Di Media Sosial

‘Alternate ending’ Black Widow mula tersebar di media sosial!

Bagi yang telah menonton Black Widow (secara sah) pasti mengentahui penamat filem solo adiwira wanita MCU itu, dan kini sebuah klip video yang dipercayai penamat alternatif filem tersebut mula tersebar di laman media sosial Twitter. 

Babak penamat alternatif itu bermula dengan sekumpulan kanak-kanak bermain ‘Avengers’ ketika Natasha Romanoff (Scarlett Johansson) tiba dengan menaiki motosikalnya untuk melihat buat kali terakhir rumah yang dia telah habiskan masanya bersama “keluarganya” ketika menjadi ‘sleeping agent’ Rusia di Ohio. Gadis kecil yang berpura-pura menjadi Black Widow itu seolah-olah mengenalinya, dan keduanya bertukar momen yang menyentuh perasaan.

Anda boleh lihat video tersebut dibawah.

Dalam filem ini, Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani kisah lampaunya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Black Widow akan tiba di platform digital mulai 10 Ogos ini, manakala versi 4K Ultra HD, Blu-ray dan DVD akan dilancarkan pada 14 September 2021. 

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment