Berita

Spin Off Villain Batman, Superman Arahan J.J. Abrams Antara Perkembangan Terbaru Filem-Filem DC

Views

DC Films kini sedang mengorak langkah untuk memperkasakan filem-filem adiwiranya selepas mengalami saat-saat sukar dalam tempoh beberapa tahun ini. Menurut laporan dari Variety, beberapa perkembangan terbaru filem-filem DC mungkin akan memberi sinar kepada peminatnya. Antara perancangan spin off filem The Batman, perancangan J.J. Abrams serta penglibatan Michael B. Jordan dalam filem Superman dan banyak lagi.

Selepas mengambilalih kerusi presiden DC Films pada tahun lalu, Pegawai Eksekutif New Line Walter Hamada mula memainkan peranan seperti Kevin Fiege – mengetuai pembangunan kreatif filem-filem DC dan merancang belanjawan agar perancangan filem akan datang tidak menelan belanja yang besar dan dalam masa yang sama mampu memberi pulangan yang besar.

Kerjasama diantara Hamada dengan Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. Toby Emmerich telah menemui formula yang sesuai dalam merencana filem adaptasi komik untuk golongan dewasa. Kejayaan Joker meraih kutipan box office $1 billion dolar walaupun filem tersebut berstatus ‘R-rated’ membuka peluang untuk filem seperti Joker dihasilkan oleh pihak studio. Sebagai permulaan, Birds of Prey dan filem arahan James Gunn, The Suicide Squad akan diberikan status ‘R-rated’.

Berkenaan dengan filem-filem berkaitan dengan Batman, terdapat ura-ura bahawa DC Films dan Warner Bros. sedang merancang untuk menghasilkan lebih banyak filem solo spin off yang melibatkan musuh adiwira Bandar Gotham itu.

BACA:  Tom Hanks Enggan Hormati Orang Yang Tidak Amalkan Langkah Pencegahan

Sementara Batman menjadi penyumbang kepada idea kreatif untuk penghasilan filem-filem komik DC, Superman masih lagi memberi masalah besar kepada pihak studios. Pelakon Henry Cavill telah menyuarakan keinginan untuk meneruskan watak Superman. Bagaimanapun, Warner Bros. telah berbincangan dengan J.J. Abrams untuk menghasilkan filem terbaru Man of Steel yang tidak melibatkan Henry Cavill. Selain itu juga, Michael B. Jordan turut dikaitkan dengan filem terbaru Superman, bahkan telahpun menyuarakan visinya sendiri untuk peranan Superman. Apapun, perancangan projek yang diketuai oleh J.J. Abrams ini masih lagi jauh dan peminat perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2023 untuk menonton filem terbaru Superman. 

Green Lantern Corps juga mengalami nasib seperti Superman, tersangkut lama diperingkat perancangan. Menurut sumber, Green Lantern Corps masih lagi menjadi keutamaan pihak studios dengan Geoff Johns sedang menyiapkan skrip sebelum diberikan kepada Abrams atau Greg Berlanti. Johns dan Berlanti kini sedang bekerjasama dalam pembangunan siri televisyen Green Lantern Corps. 

Lain-lain perkembangan, penggambaran The Flash mungkin tidak akan bermula sehingga 2021 memandangkan bintang utamanya, Ezra Miller akan memberi komitmen kepada filem Fantastic Beast. Berkemungkinan projek The Flash akan bermula pada 2021. Sementara itu sekuel Aquaman dijangka akan memulakan produksi pada awal 2021 manakala filem spin-off Aquaman, The Trench masih lagi mencari pengarah yang sesuai sebelum projek dimulakan.

Tinggalkan Balasan

shares