Spin Off Men In Black Sudah Memulakan Penggambaran, Gambar Pertama Chris Hemsworth Didedahkan

78
views

Pengambaran filem ‘spin off’ Men in Black secara rasminya sudahpun bermula. Gambar pertama Chris Hemsworth diset penggambaran tersebut telah didedahkan kepada umum oleh laman web Just JaredAnda boleh lihatnya gambar tersebut dilaman Twitter dibawah.

Chris Hemsworth akan membawakan watak utama filem ini disamping rakannya dari filem Thor: Ragnarok, Tessa Thompson. Selain mereka berdua, filem ini turut dibintangi oleh Liam Neeson (Widows), Kumail Nanjiani (Silicon Valley), dan Rafe Spall (Jurassic World: Fallen Kingdom).

Pengarah filem The Fate of the Furious, F. Gary Gray bertindak selaku pengarah manakala skrip ditulis oleh Art Marcum dan Matt Holloway. Plot masih tidak lagi diketahui tetapi filem ini akan bertempat di United Kingdom.

Filem ini akan ditayangkan 17 May 2019