Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin Off Men In Black Bakal Dihasilkan

Franchise Men in Black (MIB) bakal dikembangkan lagi apabila Sony Pictures dilaporkan akan menghasilkan sebuah filem spin off Men In Black tidak lama lagi. Walaupun ia berkait dengan trilogi asal, salah seorang aktor utama MIB samada Will Smith atau Tommy Lee Jones mungkin tidak akan dimasukkan dalam filem terbaru itu nanti.

Menurut laporan daripada laman web Deadline, filem yang masih belum mempunyai tajuk itu akan ditulis oleh Matt Holloway dan Art Marcum (Penulis untuk filem Iron Man dan Transformers: The Last Knigth). Pihak Sony juga telah menetapkan tarikh 17 May 2019 sebagai tarikh tayang filem itu nanti.

Penerbit untuk filem spin off MIB adalah Walter F. Parkes serta Laurie MacDonald, manakala Steven Spielberg akan menjadi penerbit eksekutif filem berkenaan. Cuma buat masa ini, mereka masih mencari pengarah dan pelakon yang sesuai.

Skop filem ini dikatakan lebih meluas dan bersifat global berbanding 3 filem sebelum ini yang hanya tertumpu pada satu bandar di Amerika sahaja.

“It’s so rare to get to the end of the script and know you’re holding a movie in your hands,”“Art and Matt have written a spinoff that somehow is true to the core of the MIB world, and yet expands the franchise to a fresh new place”

Trilogi Men in Black yang dibintangi oleh Will Smith dan Tommy Lee Jones bermula 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1997 diikuti sekuelnya pada tahun 2002 dan filem terakhir pada tahun 2012 dengan jumlah kutipan ketiga-tiga filem tersebut hampir mencecah $1.7 billion seluruh dunia. Ketiga-tiga filem itu juga diarahkan oleh Barry Sonnefeld dan dikatakan antara trilogi terbaik yang pernah dihasilkan Hollywood.

Jadi kepada peminat filem sains fiksyen ini, apa pendapat anda tentang filem spin off akan datang?

Related posts

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Leave a Comment