Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin Off G.I. Joe SNAKE EYES Akan Menemui Penonton Pada Oktober 2021

Paramount Pictures telah mengumumkan tarikh baru filem spin off G.I. Joe Snake Eyes pada 22 Oktober 2021. Filem lakonan Henry Golding ini sepatutnya menemui penonton pada Oktober ini, tetapi ditunda akibat pandemik COVID-19. 

Pelakon kelahiran Sarawak, Henry Golding akan memainkan watak utama sebagai Snake Eye. Dia turut disertai Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes, Samara Weaving sebagai Scarlett, Steven Allerick sebagai ayah kepada Snake Eye dan Takehiro Hira sebagai antagonis utama, manakala watak lakonan Haruka Abe masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ia akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

 

Related posts

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Leave a Comment