Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin-Off ‘Fast & Furious’ Sedang Dibangunkan, Akan Fokus Pada Watak Cipher

Charlize Theron membuat debutnya dalam francais Fast & Furious pada tahun 2017 menerusi filem The Fate of the Furious, dan setelah muncul dalam filem F9 yang baru dikeluarkan, wataknya mungkin mempunyai filem spin-off di masa depan.

Menurut Variety, Vin Diesel telah mengesahkan bahawa dia mempunyai penulis yang sedang mengerjakan filem spin-off untuk watak lakonan Charlize Theron, Cipher.

Cipher adalah pengganas siber yang mempunyai banyak kaitan dengan dunia penjahat dan bertekad untuk memulakan perang nuklear. Dalam The Fate of the Furious, dia telah memeras ugutan Dominic Toretto untuk mengkhianati anak buahnya, sementara dia membantu Jakob Toretto (lakonan John Cena) dalam filem terbaru F9.

Buat masa ini tidak jelas bagaimana filem spin-off mengenai wataknya akan berfungsi, tetapi francais Fast & Furious tidak mempunyai masalah untuk menyelami latar belakang watak lain, sepertimana filem spin-off Hoobs and Shaw. Theron baru-baru ini mengulangi peranannya dalam F9: The Fast Saga, yang dilancarkan minggu lalu di Amerika Utara.

Tidak jelas bagaimana filem spin-off pada wataknya berfungsi, tetapi francais Fast & Furious tidak mempunyai masalah untuk menyelami latar belakang watak lain, dengan filem spin-off Hobbes dan Shaw menjadi contoh yang sempurna. Theron baru-baru ini mengulangi peranannya dalam F9: The Fast Saga, yang dilancarkan minggu lalu di Amerika Utara.

Walaupun sudah memiliki sembilan filem dalam francais utama, Fast & Furious masih kekal relevan. Filem terbaru F9 masih mampu mencatatkan kutipan memberasangkan walaupun pasaran global berhadapan pandemik global. Sehinggakini, F9 telah mengutip $405 juta dolar seluruh dunia.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment