Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin-off Aquaman, The Trench Akan Bertemakan ‘Monster Horror’

Sebaik sahaja Aquaman berjaya meraih kutipan lebih $1 billion dolar, Warner Bros. tidak berkira-kira mahu menghasilkan filem sekuel Aquaman 2 dan ‘spin-off’ The Trench.

Untuk perkembangan terbaru filem The Trench, laporan dari Comicbook.com mendedahkan, filem ‘spin off’ tersebut akan bertemakan ‘monster horror’, bukannya bertemakan superhero. Ini berdasarkan temubual diantara mereka dengan pengarah filem Aquaman, James Wan.

“We, you know, we’re still deep in sort of crafting the script, crafting the story right now so I don’t want to get into that too much, but definitely it’s one that I really want to lean into the horror of it, so it’s going to play more as a monster horror movie then it will as a superhero film, but it’s still definitely part of the Aquaman world,”

Kedengaran agak menarik bukan? James Wan bukan calang-calang pengarah dalam dunia filem-filem seram kerana beliau sememangnya terkenal dalam penghasilan filem bergenre sebegitu.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan siapakah yang bakal mengarahkan filem The Trench, tetapi laporan sebelum ini menyatakan James Wan akan bertindak selaku penerbit. Skrip filem kini sedang dihasilkan Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald

Jadi kepada peminat filem-filem DC khusus pengarah James Wan, adakah anda teruja dengan perkembangan terbaru filem spin off ini? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment