Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru


Peminat terpaksa menunggu beberapa bulan lebih lama untuk menonton entri ketiga dalam siri filem seram A Quiet Place. 

Menurut laporan Comingsoon, Paramount Pictures telah mengambil keputusan untuk menangguhkan filem itu beberapa bulan. Filem tersebut sepatutnya menemui penonton pada 31 Mac 2023, namun ditunda ke tarikh baru iaitu pada 22 September 2023. Pertukaran tarikh itu dibuat selepas Paramount menukar tarikh tayangan Mission: Impossible 7 (14 Julai 2023) dan (28 Jun 2024).

Filem ketiga A Quiet Place digambarkan “sebagai lebih kepada spin-off berbanding threequel” dengan butiran plot masih dirahsiakan. Cerita filem akan datang berdasarkan idea asal dari John Kransinski, yang telah mengarah, menulis dan membintangi dua filem pertama.

Pengarah dan penulis Pig, Michael Sarnoski diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ketiga A Quiet Place, menggantikan tempat Jeff Nichols (Take Shelter, Mud) yang berundur dari projek terbaru itu kerana ingin memberi tumpuan kepada satu lagi filem terbitan Paramount yang masih belum mempunyai tajuk dan bertema sains fiksyen. 

Krasinski akan menerbitkan filem itu melalui sepanduk Sunday Night bersama pengasas bersama syarikat, Allyson Seeger yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Michael Bay, Andrew Form, dan Brad Fuller juga akan berkhidmat sebagai penerbit mewakili syarikat produksi Platinum Dunes.


A Quiet Place Part II, yang dibintangi Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, dan Djimon Hounsou, telah ditayangkan pada 28 Mei 2021, dan memperoleh kutipan lebih $AS297 juta di box office seluruh dunia.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee