Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Arkib

Spiderman Muncul Dalam Trailer Captain America: Civil War

Spiderman

Saat yang dinanti-nanti oleh para peminat dunia filem Marvel akhirnya telah tiba apabila karakter Spiderman akhirnya membuat kemunculan bersama kumpulan superhero Marvel yang lain.

Dalam trailer terbaharu Captain America: Civil War, Spiderman telah muncul pada lapan saat terakhir trailer tersebut. Babak berkenaan menunjukkan Spiderman telah berpihak kepada kumpulan Iron Man dengan merampas perisai milik Captain America.

Aktor Tom Holland telah dipilih oleh pihak Marvel untuk melakonkan watak tersebut yang sebelum ini pernah dibawa oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

Trailer terbaru ini telah menjadi viral dilaman Youtube dan Facebook dan rata-ratanya peminat teruja dengan kemunculan superhero terbaru dalam filem terbaru Marvel ini. Malah dalam trailer itu juga, Spiderman muncul dengan kostum terbaru yang nampak lebih “kool”

https://twitter.com/Brian_Awgul/status/707981607093805056

Marvel berjaya memasukkan karakter Spiderman dalam filem terbitan mereka selepas menandatangani perjanjian kerjasama Februari tahun lalu dengan Sony yang sebelum ini memiliki hak milik mutlak bagi penggunaan karakter tersebut.

Dijangkakan pihak Marvel akan mengeluarkan filem Spiderman versi Marvel yang bakal mempunyai kaitan dengan superhero-superhero Avengers yang lain dan kemunculan Spidey dalam filem Captain America ini dikatakan perkenalan kepada versi baru Spiderman ini.

BACA: “CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR” PERTEMBUNGAN DUA SUPERHERO

Filem arahan adik-beradik Anthony dan Joe Russo ini dibarisi pelakon bintang seperti Robert Downey Jr, Scarlett Johannson, Chris Evans, Paul Rudd, Gwyneth Platrow, dan Don Cheadle.

Captain America: Civil War akan menemui para peminat di Malaysia pada 28 April ini.

Related posts

Warner Bros. Pictures 2018 Movie

Is Mohd

Review Chasing The Dragon (2017)

MyK

Trailer filem Thriple Threat

Natasha

Teaser Trailer Pacific Rim: Uprising

Natasha

Daniel Craig dilaporkan sah akan kembali sebagai James Bond

Natasha

Apa yang kami tahu tentang sekuel ‘Fantastic Beasts’

Natasha

Leave a Comment