Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Spider-Man Tewaskan Hulk Dengan Hanya Menggunakan Lawak “Knock-Knock”

Hanya sedikit sahaja adiwira di Marvel Universe yang cukup kuat untuk menewaskan Hulk, tetapi Spider-Man membuktikan bahawa kekuatan tidak selalunya menjadi faktor untuk menewaskan gergasi hijau yang sangat bengis itu, cukuplah hanya berbuat lawak kepadanya.

Dalam komik Friendly Neighborhood Spider-Man yang diterbitkan pada 2005, Peter Parker menjalani kehidupan yang cukup membahagiakan – berkahwin dengan kekasih masa kecilnya, dan tinggal di Startk Tower tanpa perlu membayar sewa.

Ketika semuanya berjalan dengan lancar, Peter mula terganggu dengan mimpi buruk, yang membuatnya mengesyaki ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Sangkaannya tepat apabila keesokan harinya dia ditembak penjahat bernama The Tracer – namun itu masalah terburuk yang bakal dihadapi Peter. 

Setelah luka tembakan dirawat oleh doktor, Peter kemudiannya menerima panggilan dari doktor yang sama, yang mengatakan bahawa dia menghidapi penyakit radioaktif misteri yang serupa dengan barah, dan penyakit tersebut boleh membawa maut. 

Terkejut dengan berita tersebut, Peter memutuskan untuk meminta pendapat dari doktor yang lain, doktor yang sememangnya pakar dalam hal-hal yang berkaitan radioaktif, tetapi cenderung untuk berubah menjadi raksasa hijau yang marah. Tidak lain tidak bukan, doktor tersebut adalah Bruce Banner. 

Malangnya, Dr. Bruce Banner bukanlah seorang yang mudah untuk berjumpa, apatah lagi membuat janji temu. Malah, tiada siapa pun tahu dimana Banner. Jadi dengan kerjasama beberapa adiwira Avengers yang lain, Peter mula mencarinya  dan menemui doktor tersebut di padang pasir.

Bagaimanapun, Banner berada dalam keadaaan yang sukar untuk diajak bersembang –  iaitu dalam mod Hulk sepenuhnya. Iron Man memberi amaran kepada rakan-rakannya agar tidak bergaduh dengan Hulk, dan sebaliknya berusaha menggunakan gas penenang untuk menukarnya menjadi Banner kembali. 

Malangnya, ia tidak berjaya… Hulk mula menyerang kumpulan itu, dan dia dapat menjatuhkan Iron Man dan Mr. Fantastic, sebelum Spider-Man masuk campur dalam pertarungan tersebut. Spidey berjaya mengelakkan semua serangan Hulk, tetapi daripada membalas serangan, Spider-Man mengenakan lawannya itu dengan helah yang cukup klasik – lawak ‘knock-knock’. 

Tanpa sebarang ‘punchline’; jenaka Spider-Man semasa ditengah-tengah pertarungan sudah cukup untuk membuatkan Hulk ketawa, sekaligus menenangkanya sehingga kembali menjadi Bruce Banner. Nampak tak? jenaka Spider-Man lagi efektif untuk tenangkan Hulk berbanding ‘lullaby’ Black Widow.

Sumber: Screenrant

Related posts

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

10 Francais Filem Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman

Kakimuvee

[VIU]Check Out Your Favourite Oppas & K-Dramas On Daebak Thursdays

Kakimuvee

7 DIFFERENT KOREAN MOVIES THAT WILL SATISFY YOUR NEEDS

Zulaikha

6 Filem ‘Time-Travel’ Yang Mampu Merangsang Minda Anda

Kakimuvee

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating