Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Spider-Man: No Way Home” Terus Dominasi Carta Box Office, Kumpul AS$1.37 Billion

Spider-Man: No Way Home terus menguasai carta box office apabila mengutip AS$52.7 juta dolar pada musim cuti Tahun Baru, lapor Deadline.

Filem superhero terbaru Sony Picture itu kini mengumpul AS$610 juta di pasaran domestik AS dalam tempoh tiga minggu tayangannya, sekaligus menduduki tangga ke-10 dengan kutipan paling tinggi sepanjang zaman untuk pasaran domestik AS, hanya dibelakang Star Wars – Episod VIII: The Last Jedi (AS$620 juta)

Untuk pasaran antarabangsa, Spider-Man berjaya melepasi AS$1.37 billion, melonjak naik ke tangga ke-12 kutipan filem paling tinggi sepanjang zaman, dibelakang Avengers: Age of Ultron (AS$1.4 billion). 


Sementara itu, Sing 2 menambah AS$19.6 juta dolar pada minggu kedua tayangannya, dan mengumpul AS$89.68 juta dolar di pasaran domestik AS manakala untuk pasaran antarabangsa, filem sekuel animasi itu telah mengumpul AS$144.6 juta dolar. 

Kutipan filem terbaru francais Kingsman, The King’s Man menyusut -24% pada minggu kedua tayangannya dengan meraih AS$4.5 juta dolar. Filem prekuel itu hanya mengumpul AS$47.8 juta dolar seluruh dunia sepanjang tayangannya. 

Akhir sekali, filem Matrix Resurrections mengutip AS$3.825 juta dolar pada minggu kedua tayangannya di pasaran domesti AS, penyusutan -64% berbanding kutipan filem pertama. Bagaimanapun filem sekuel itu menunjukkan prestasi yang baik di pasaran antarabangsa dengan kutipan terkumpul sebanyak AS$106 juta.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee