Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: No Way Home Merekodkan Hari Pembukaan Terbesar Sepanjang Zaman

Spider-Man telahpun berhayun di pawagam tempatan pada hari Rabu sebagai filem blockbuster terbesar tahun ini dengan persembahan Box-Office yang memecahkan rekod dan kini merupakan salah satu Pelancaran Hari Pembukaan Terbesar Sony Pictures Sepanjang Zaman.

Spider-Man: No Way Home menguasai sebahagian besar box office Malaysia pada hari pertama dengan kutipan RM 4.1 Juta, yang tertinggi dalam satu hari tayangannya sejak Mac 2020.  Dalam masa kurang dua hari, dianggarkan setengah juta Rakyat Malaysia berpusu-pusu untuk menonton Spider-Man: No Way Home di pawagam, dan dianggap sebagai THE EVENT OF THE YEAR oleh peminat francais dan penonton filem umum.

Selepas setahun yang kami lalui, ia sangat menggembirakan untuk kembali ke pawagam, ditambah dengan tayangan yang begitu ketara. Dengan semua keterujaan di sekitar filem ini, kami ingin melakukan bahagian kami untuk meningkatkan pengalaman penonton filem dengan inisiatif seperti pertemuan Spider-Man interaktif di pawagam terpilih serta menerangi bandar dengan pemandangan Spidey merentasi mercu tanda ikonik. Kami sangat teruja melihat semua orang teruja seperti kami.” kata Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures Entertainment Malaysia.

Sementara itu di pasaran antarabangsa, Deadline melaporkan bahawa, Spider-Man: No Way Home telah mengutip RM 183.4 juta di 15 pasaran antarabangsa, dengan beberapa rekod telah dipecahkan. Di UK, filem arahan Jon Watts ini telah mengutip RM 42.4 juta, mengatasi hari pertama No Time to Die. Kutipan dijangka meningkat dengan beberapa pasaran telahpun membuka tayangan Spider-Man termasuklah pasaran domestik AS.  

Merekodkan skor tinggi sebanyak 95% di Rotten Tomatoes; yang tertinggi antara semua filem Spider-Man, #SpidermanNoWayHome telah menerima ulasan hebat daripada media tempatan semasa tayangan media eksklusif pada minggu ini.

Spider-Man: No Way Home kini telah ditayangkan bermula 16 Disember 2021, eksklusif di pawagam berdekatan anda!

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment