Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: No Way Home Lepasi Kutipan AS$ 1 Billion Dolar Seluruh Dunia

Filem superhero terbaru Sony Pictures, Spider-Man: No Way Home telah merekodkan satu lagi kejayaan apabila menjadi filem pertama era pandemik yang berjaya meraih kutipan lebih AS$ 1 billion dolar.

Menurut Deadline, kutipan filem ketiga Spider-Man MCU itu telah melepasi AS$ 1.05 billion dolar, sekaligus menjadi filem paling laris tahun 2021. Selain itu juga, ia turut menjadi filem ketiga paling pantas mencecah kutipn $AS 1 billion dolar, dibelakang Avengers: Infinity War (11 hari) dan Avengers: Endgame (5 hari).

Sejak ditayangkan di Malaysia pada 15 Disember yang lalu, Spider-Man: No Way Home telah mengumpul lebih AS$ 10 juta dolar, menurut Box Office Mojo. 

Diarahkan oleh Jon Watts, No Way Home menyambung cerita dari Far From Home dimana kehidupan Peter Parker berubah 100 peratus selepas identiti Spider-Man didedahkan oleh Mysterio. Selepas meminta bantuan Doctor Strange, keadaan menjadi semakin rumit apabila musuh-musuh Spider-Man dari dunia lain mula datang memburunya. 

Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai  superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker, dan turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Jamie Foxx dan Alfred Molina yang kembali meneruskan peranan mereka sebagai Elector dan Doctor Octopus.

Spider-Man: No Way Home kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan tanah air. 

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee