Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Spider-Man: No Way Home” Kutip AS$121.5 Juta Pada Hari Pembukaan, Kedua Terbesar Di Belakang “Avengers: Endgame”

Filem terbaru Spider-Man: No Way Home telah menunjukkan prestasi Box Office yang cukup luarbiasa apabila mengumpul AS$ 121.5 juta pada hari pertama tayangannya di lebih 4,336 lokasi pawagam di Amerika Syarikat. 

Jumlah tersebut merupakan yang Kutipan Hari Pembukaan Kedua Tertinggi Sepanjang Zaman dalam sejarah Box Office Amerika Utara, hanya dibelakang Avengers: Endgame yang mengutip AS$ 157.4 juta, dan dihadapan Star Wars: The Force Awakens yang mengutip AS$ 119.1 juta.

Walaupun pandemik memberi kesan pada pasaran secara keseluruhannya, Spider-Man: No Way Home masih mampu mencipta rekod kutipan hari pembukaan tertinggi bagi bulan Disember, dan juga tertinggi dalam francais ‘Spider-Man’ Sony, mengatasi kutipan tiga-hari tayngan yang dicatatkan “Homecoming” (AS$117 juta) dan “Far From Home” (AS$92 juta). 

Menurut Deadline, unjuran hujung minggu terkini No Way Home meningkat sekitar AS$242 juta hingga AS$247.5 juta, dan jika filem tersebut mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, ia akan menjadi filem keempat yang mencatatkan kutipan minggu pembukaan terbesar di pasaran AS, dibelakang dua filem terakhir Avengers dan The Force Awakens. 

Sementara itu, data dari Box Office Mojo menunjukkan Spider-Man: No Way Home telah mengumpul AS$165.1 juta sehinggakini, bagaimana data kutipan dari pasaran antarabangsa masih belum didedahkan laman tersebut. 

Diarahkan oleh Jon Watts, No Way Home menyambung cerita dari Far From Home dimana kehidupan Peter Parker berubah 100 peratus selepas identiti Spider-Man didedahkan oleh Mysterio. Selepas meminta bantuan Doctor Strange, keadaan menjadi semakin rumit apabila musuh-musuh Spider-Man dari dunia lain mula datang memburunya. 

Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai  superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker, dan turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Jamie Foxx dan Alfred Molina yang kembali meneruskan peranan mereka sebagai Elector dan Doctor Octopus.

Spider-Man: No Way Home kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan tanah air. 

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee