Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Spider-Man: No Way Home” Hampir Mempunyai Post Kredit Yang Melibatkan [SPOILER] & [SPOILER]

Trilogi pertama Spider-Man telahpun tamat, dan kini Marvel Studios serta Sony Pictures sedang berkerja keras untuk membangunkan filem Spider-Man 4 dengan Tom Holland kembali untuk satu lagi trilogi. Tetapi bagaimana dengan ‘variant’ Peter Parker lakonan Tobey Maguire dan Andrew Garfield?

Selepas Spider-Man: No Way Home mula ditayangkan di pawagam – sehingga mencetuskan kegilaan – peminat terus melancarkan kempen atas talian di mana mereka mahu melihat The Amazing Spider-Man 3 dihasilkan, begitu juga harapan untuk melihat Spider-Man 4 versi Tobey. 

Ketika bercakap kepada Variety, penulis No Way Home Chris McKenna dan Erik Sommers mengesahkan bahawa mereka hampir menggoda masa depan satu atau kedua-dua watak itu dalam babak pasca-kredit. 

“Saya harap begitu!” McKenna berkata tentang kemungkinan berjumpa mereka lagi. “Saya ingin melihat lebih banyak perjalanan mereka. Kami juga bercakap tentang, ‘Oh, kami boleh melakukan teg [pasca-kredit] dengan yang ini! Kami boleh melakukan teg dengan yang itu!'”

Sommers menambah, “Bolehkah kita membuat rancangan TV dengan mereka berdua mengembara dengan menaiki van untuk menyelesaikan misteri?'” McKenna kemudian bergurau, “Seperti, ‘Tidak, anda tidak sepatutnya berkata demikian!’ Kami membuat Tobey dan Andrew menaiki van untuk mengembara dari bandar ke bandar!”

Kini, terdapat khabar angin mengenai penglibatan Maguire dan Garfield dalam penggembaraan ‘Multiverse’ seterusnya seperti Secret Wars, malah ada sesetengah peminat yakin bahawa Peter akhirnya akan bertarung dengan Venom.

Ini adalah masa yang cukup mengembirakan buat peminat Spider-Man, dan sudah tentu, selepas kejayaan No Way Home, kita menjangkakan untuk melihat lebih banyak lagi penggembaraan dalam filem akan datang. 

Spider-Man: No Way Home kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee