Berita

Spider-Man Kembali Ke MCU, Menjadi Sebahagian Fasa 4 Selepas Disney & Sony Mencapai Persetujuan Bersama

Views

Berita tergempar dari Hollywood yang bakal menggembirakan para peminat Marvel!

Disney / Marvel Studios dan Sony Pictures telah mementerai perjanjian bersama untuk mengekalkan karakter Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Perjanjian terbaru itu menyaksikan Kevin Fiege dan Marvel Studios akan meneruskan tugasan penerbitan untuk filem Spider-Man 3.

Selain itu juga, Spider-Man 3 turut diberi tarikh tayangan iaitu pada 16 Julai 2021, bermakna ia akan menjadi sebahagian fasa 4 MCU

"I am thrilled that Spidey’s journey in the MCU will continue, and I and all of us at Marvel Studios are very excited that we get to keep working on it,"

Perjanjian baru itu dimenterai pada Khamis yang lalu dan melibatkan orang-orang penting dari kedua-dua belah pihak termasuklah ketua Sony Pictures, Tom Rothman, Fiege dan ketua Disney Studios, Alan Horn.

Antara yang diputuskan dalam perjanjian itu, Feige dan Marvel Studios akan terus menerbitkan filem Spider-Man, Marvel dan Disney akan menerima 25% keuntungan. Disney akan terus memegang hak barang dagangan, dan sebagai sebahagian daripada perjanjian, Tom Holland dibenarkan untuk muncul dalam kedua-dua dunia sinematik iaitu Marvel Cinematic Universe milik Disney dan Spider-Verse yang kini sedang dibangunkan oleh Sony Pictures

Berikut adalah kenyataan Feige via Deadline:

"Spider-Man is a powerful icon and hero whose story crosses all ages and audiences around the globe. He also happens to be the only hero with the superpower to cross cinematic universes, so as Sony continues to develop their own Spidey-verse you never know what surprises the future might hold." 

Pada bulan yang lalu, perbalahan diantara Disney dan Sony telah mencetuskan kebimbangan dikalangan peminat-peminat Marvel Cinematic Universe khususnya peminat Spider-Man. Ia berpunca dari permintaan Disney yang mahu berkongsi keuntungan hasil jualan tiket filem Spider-Man yang mana Sony tidak mahu menuruti permintaan studio terbabit. Akibatnya, Sony telah bertindak menarik balik Spider-Man dari MCU dan membatalkan perjanjian diantara mereka.

Apapun, dengan perkembangan terbaru ini ia dapat memberikan sedikit kelegaan kepada  para peminat Marvel yang mahu melihat Spider-Man kekal dalam MCU. Diharapkan kerjasama diantara kedua-dua pihak dapat diteruskan pada masa hadapan, dan dalam masa yang sama Spider-Man membuat kemunculan dalam Spider-verse meskipun berada dalam MCU.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks