Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Homecoming: Siapakah Michelle Sebenarnya?

Bagi yang sudah menonton filem Spider-Man: Homecoming, pasti ramai mula berspekulasi siapakah watak sebenar Michelle yang dilakonkan oleh aktres Zendaya dalam filem reboot arahan Jon Watts itu.

Ini gara-gara di penghujung filem Michelle mendedahkan kepada rakan-rakan bahawa nama panggilan dikalangan rakan-rakan Michelle adalah MJ.

“My friends call me M.J.”

Seperti yang kita MJ adalah singkatan yang cukup sinonim dengan karakter wanita Mary Jane Watson yang menjadi “Love Interest” kepada Peter Parker seperti yang ditunjukan dalam mana-mana komik Spider-Man dan juga dalam filem Spider-Man arahan Sam Raimi.

Tetapi “MJ” kali dilihat sangat berbeza dengan MJ yang kita ketahui. Satu sebab namanya bukanlah Mary Jane Watson tetapi sebaliknya Michelle. Nama panjang Michelle yang sebenarnya ialah Michelle Jones (menurut laman web Variety), jadi, singkatan MJ sangat sesuai untuk digunakan. Dan satu lagi, karakternya sangat berbeza dengan karakter Mary Jane.

Dia sangat sarkastik, kurang ajar tetapi antara paling genius dalam kelas Peter Parker berbanding Mary Jane yang periang dan lebih berminat untuk menjadi aktres dan model.

Selain itu juga, dia juga mensyaki Peter Parker adalah Spider-Man, seperti mana yang ditunjukkan di penghujung filem apabila melihat Peter secara tergesa-gesa mahu berjumpa Happy Hogan di tandas sekolah. Dia juga dilihat berminat untuk menyiasat siapakan lelaki disebalik topeng Spider-Man.

Siapakah Michelle Jones dalam komik sebenarnya?

Michelle sebenarnya karakter yang baru diwujudkan dalam dunia Marvel dan karakter tersebut tiada dalam mana-mana komik Marvel. Tujuan Marvel mewujudkan karakter tersebut berada dikalangan rakan-rakan Peter Parker tidak diketahui sama ada mahu membuat twist mengenai hubungan Michelle dan Peter nanti yang sama seperti hubungan Mary Jane dan Peter, cuma dalam versi MCU, atau pun sekadar ingin kejutan kepada penonton.

Lagipun kita tidak tahu status karakter Mary Jane dalam Marvel Cinematic Universe, sama ada dibenarkan pengunaan oleh Sony seperti karakter Peter, Liz Allan, Flash Thompson atau tidak. Dan jika tidak diberi hak, Marvel mungkin terpaksa mewujudkan karakter MJ versi berlainan, iaitu Michelle Jones

Related posts

Trailer Rasmi “Blank Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Sony Akan Terbitkan Filem Baharu “Tarzan”

Kakimuvee

Tonton Trailer “Attack On Titan” Terbitan Studio The Asylum

Kakimuvee

Nad Zainal Tercalon Dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

Kakimuvee

Leave a Comment