Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Spider-Man: Homecoming Review

Selepas membuat debut pertama dalam filem Captain America: Civil War, ramai peminat-peminat Spider-Man nyata tidak sabar mahu menonton filem solo Spider-Man: Homecoming dan melihat apakah perbezaan yang bakal dibawa oleh Marvel dan Tom Holland bagi menandingi dua siri filem Spider-Man terbitan Sony sebelum itu.

Nyata ramai peminat cuba membandingkan kehebatan filem terbaru ini dengan filem-filem terdahulu terutamanya karakter Spider-Man yang dibawa oleh Tom Holland. Adakah dia mampu mengatasi karakter Spider-Man yang dibawa oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield. Nyata filem ini dan prestasi Tom Holland sebagai web slinger tidak mengecewakan, berani saya katakan, Spider-Man: Homecoming arahan Jon Watts ini setaraf dengan filem Spider-Man arahan Sam Raimi dan Amazing Spider-Man arahan Marc Webb.

Malah kualiti lakonan pendatang baru dalam keluarga aktor-aktor Marvel Tom Holland juga tidak mengecewakan. Dia berjaya membawakan watak remaja berumur 15 tahun yang begitu teruja menjadi superhero. Selain itu juga, Tom Holland mampu untuk menggabungkan dua karakter berbeza yang dibawa oleh Tobey Maguire dan Andrew Garfield. Tobey terkenal dengan watak Peter Parker yang begitu “nerd” dan bijak, manakala karakter Andrew dalam Amazing Spider-Man dilihat sebagai begitu bertenaga dan berani. Tom memiliki kedua-dua watak dari aktor tersebut dalam filem kali ini.

Boleh dikatakan karakter Peter Parker dalam filem kali ini lebih menepati ciri-ciri yang terdapat dalam siri komik, seorang yang agak ambitious untuk menjadi hero dikalangan masyarakatnya, kebudak-budakan, berani tetapi begitu gopoh dalam tindakannya.

Spider-Man Homecoming boleh dikatakan lari dari tipikal yang kerap ditunjukkan dalam filem-filem Marvel dimana setiap superhero bumi pasti akan ditunjukkan bagaimana mereka mendapat abiliti luar biasa mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem-filem Captain America, Ant-man dan Doctor Strange. Mereka sebaliknya menunjukkan bagaimana Andrian Toomes berubah dari seorang manusia yang hidup seperti kebanyakkan masyarakat lain dan seterusnya menjadi penjahat.

Antara twist paling besar yang ditunjukkan dalam filem ini ialah hubungan diantara Liz Allan dan Adrian Toomes. Ramai tidak menyangka hubungan antara mereka berdua memandangkan ia berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam versi komik. Mungkin ia sengaja dibuat bagi memperlihatkan “love interest” pertama Peter Parker dan mencipta konflik dalam dirinya untuk berhadapan dengan ayah kepada kekasihnya.

Walapun aksi dalam filem ini tidak begitu banyak, tetapi pembangunan watak Peter Parker dan penceritaan keseluruhan filem ini telah membuatkan ia kelihatan begitu menarik. Spider-Man sebenarnya sangat berkuasa dan sukar ditewaskan oleh Vulture sekiranya ia memakai sut yang diberikan oleh Tony Stark, tetapi tanpa sut tersebut, kekuatan mereka seimbang dan disini kita dapat melihat transformasi Peter yang sebelum ini terlampau bergantung pada teknologi yang ada pada sut pemberian Tony Stark kepada kemampuan dan motivasi yang dalam dirinya. Beliau begitu bersungguh-sungguh mahu menghentikan jenayah yang dilakukan oleh Vulture dan membuktikan kepada Tony Stark bahawa dia mampu untuk menjadi seorang superhero tanpa bergantung kepada gadjet.

Walaupun dibayangi dengan filem-filem Spider-Man sebelumnya, Spider-Man: Homecoming dapat mencipta suatu kelainan dan memberikan sebuah cerita yang “fresh” kepada penonton. Adaptasi karakter dan penceritaan yang bagus serta kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Tom Holland serta Michael Keaton dalam filem ini telah membuatkan Homecoming diantara filem Marvel paling atas dikalangan filem-filem Marvel yang lain. Secara keseluruhan, saya memberikan rating sebanyak 8.5/10 untuk filem Spider-Man kali ini.

Related posts

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Seo Bok (2021)

Kakimuvee

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee