Kerjasama diantara Sony Pictures dan Marvel Studio nyata berbaloi apabila filem solo Spider-Man menerima reaksi positif dari pengkritik filem selepas tayangan premiernya berlangsung pada 28 Jun yang lalu bertempat di TLC Chinese Theater, California.
Filem arahan Jon Watts mendapat rating 92% dilaman rating filem Rottentomatoes dan juga IMDb dengan rating yang diterima sebanyak 8.5/10. Filem dengan kos pengambaran $175 juta Dolar itu merupakan penampilan kedua Spider-Man dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas Captain America: Civil War.
Menurut laman web CBR.Com, Spider-Man: Homecoming digambarkan sebagai sebuah filem superhero yang penuh dengan kejutan dan salah sebuah filem terbaik Marvel.
Marvel Studio dan Sony menjangkakan filem ini mampu mengaut $100 juta dolar pada minggu pembukaan pada awal bulan Julai nanti dengan Sony akan mengaut 100% keuntungan hasil dari tayangan filem manakala Marvel akan mendapat keuntungan dari penjualan cenderahati dan juga patung.
Spider-Man: Homecoming yang dibintangi oleh Tom Holland, Michael Keaton, Robert Downey Jr. dan beberapa pelakon lain akan menemui penonton di Malaysia pada 6 Julai ini.
2 comments
Marvel tak Rasa rugi ke dpt income dari jualan cenderahati jer padahal marvel yang bakal menghidupkan kembali spiderman (berdasarkan review dari website la).
kira win2 situationlah, sbb bukan mudah nak dapatkan kembali “isteri yang telah dicerai talak 3” ahaha