Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Homecoming Atasi Kutipan Tiket Wonder Woman

Filem Marvel terbaru, Spider-Man: Homecoming yang baru ditayangkan di China jumaat yang lalu telah berjauh mengutip kutipan besar sebanyak $70.8 juta dolar pada minggu pertama, menjadikan filem superhero ketiga mendapat kutipan tertinggi di negara tersebut selepas filem Avengers: Age of Ultron yang mengutip $115.8juta dolar dan Captain America: Civil War yang mengutip $93.6 juta dolar.

Dicampur dengan kutipan yang mereka terima dari negara yang mempunyai ramai penduduk itu, kini Spider-Man: Homecoming memperoleh kutipan sebanyak $823 juta seluruh dunia, mengatasi filem superhero keluaran DC, Wonder Woman yang mengutip kutipan sebanyak $816 juta seluruh dunia dan menjadi filem ke-6 paling tinggi kutipan tiket untuk tahun ini.

Pihak studio berharap mereka dapat mengaut lagi $100 juta dolar lagi untuk minggu akan datang. Jika prestasi filem ini diteruskan, ia mampu mengatasi rekod kutipan filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 yang kini mengutip sebanyak $863.3 juta dan menjadi filem superhero paling tinggi kutipan tiket untuk tahun ini.

Spider-Man: Homecoming kini berada ditangga kedua dibelakang filem Spider-Man 3 yang mengutip $890 juta, Spider-Man (2002) $821.7 juta dan Spider-Man 2 (2004) yang mengutip $783.8 juta.

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee