President Marvel Studio, Kevin Feige mendedahkan buat masa ini hanya 5 storyline yang melibatkan watak Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe samada dalam filem “crossover” Avengers dan juga filem-filem solo Spider-Man.
Harapan peminat untuk melihat Spider-Man muncul bersama-sama superhero Marvel yang lain dalam MCU akhirnya tercapai apabila Marvel dan Sony membuat perjanjian bersejarah dalam dunia sinematik Hollywood dengan berkerjasama dan membenarkan Marvel menggunakan karakter miliknya muncul dalam dunia MCU.
Sejurus mereka mementerai perjanjian, Spider-Man terus muncul dalam filem Captain America: Civil War dan filem solo yang sudah ditayangkan, Spider-Man: Homecoming. Tom Holland telah diberi tanggungjawab untuk membawakan watak Peter Parker yang sebelum ini dibawa oleh Andrew Garfield dan Tobey MaGuire.
Cuma satu persoalan, sampai bilakah karakter Spider-Man akan kekal dalam MCU? lebih-lebih lagi Sony mengeluarkan filem spin-off Spider-Man, Venom dan Silver Sable / Black Cat. Walaupun Tom Holland sebelum mendedahkan Spider-Man akan membuat lebih banyak kemunculan dalam filem-filem Marvel, peminat masih menunggu berita dari Bos Marvel, Kevin Feige.
Bagaimanapun, Feige memberitahu, buat masa ini 5 storyline filem-filem MCU yang akan melibatkan Spider-Man iaitu Civil War, Homecoming, Infinity War, Untitled Avengers dan Homecoming 2 yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Belia berkata demikian semasa di temubual oleh media Toronto Sun
We are looking at a five-movie storyline — Civil War, Homecoming, Avengers: Infinity War, untitled Avengers, Homecoming 2 — or whatever we end up calling it — as an amazing five-story journey for Peter Parker. In the way that the events of Civil War directly inform the opening of Homecoming and his state of mind as he goes back to high school, so too will the events of the next two Avengers movies as he continues with high school. This original 22-movie arc ends with the untitled Avengers in May of 2019 and then two months later it will be Peter and Spider-Man that usher us into the aftermath and how things proceed from there.”
Berdasarkan dari kenyataan Feige, peminat Spider-Man dan MCU mungkin dapat melihat aksi superhero terbabit dalam dunia MCU sehingga Homecoming 2 sahaja, selepas itu bergantung pada Sony samada mahu meneruskan kerjasama diantara mereka dan Marvel. Lagipun dengan penerbitan filem-filem Spin-off Spider-Man, kemungkinan besar, Sony mungkin akan mengambil balik karakter yang paling menguntungkan itu untuk kegunaan mereka pula.