Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Spider-Man: Freshman Year’ Akan Menggunakan Khidmat Syarikat Animasi Jepun


Syarikat animasi Jepun Polygon Pictures akan menjadi studio animasi untuk siri animasi Marvel yang akan datang, Spider-Man: Freshman Year. 

Polygon mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi laman web mereka, “Kami berharap anda tidak sabar untuk kembali ke dunia Spider-Man ini, menggunakan teknologi CG terkini.”

Polygon Pictures dikenali kerana penggunaan animasi 3DCG dan kenyataan mereka jelas sekali bahawa mereka akan menggunakan teknologi CG terkini untuk siri Spider-Man: Freshman Year.

Ditubuhkan pada tahun 1983, Polygon telah bertukar daripada animasi 2D tradisional kepada 3DCG dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hasil kerja studio itu termasuklah Ghost in the Shell 2: Innocence, Godzilla: Planet of the Monsters untuk Netflix dan trilogi filem Ajin.

Mereka juga membangunkan animasi Tron: Uprising, Star Wars Resistance dan Big Hero 6: The Series.


Spider-Man: Freshman Year diperkenalkan semasa Disney+ Day pada November 2021, dan seni konsepnya telah ditunjukan semasa konvensyen San Diego Comic Con pada 2022. Anda boleh lihat seni konsepnya dibawah:

Freshman Year akan mengambil konsep What If…? dengan membayangkan bagaimana peristiwa Spider-Man: Homecoming berlaku dengan cara yang berbeza. 

Norman Osborn akan mengambil peranan Tony Stark seperti dalam MCU, dengan Norman menjadi guru kepada Peter, dan bagaimana Peter menggunakan kemudahan Oscorp untuk membina sut Spidey-nya. 


Related posts

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee