Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Far From Home Telah Mengutip Lebih $500 Juta Dolar


Spider-Man: Far From Home terus mencatatkan kutipan memberangsangkan apabila berjaya menepati ramalan penganalisis dengan melepasi angka $500 juta dolar menjelang minggu pertama tayangan.

Filem kedua Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe ini berjaya meraih $185.1 juta dolar untuk pasaran domestik Amerika Syarikat (AS) dan telah mengumpul  $395 juta dolar untuk pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $580 juta dolar.

Kutipan tersebut meletakkan Far From Home ditangga keenam kutipan paling tinggi tahun ini.

Dalam perkembangan yang sama, satu lagi filem Marvel Studios, Avengers: Endgame telah menambah kutipan sebanyak $4.4 juta dolar seluruh dunia, menjadikan jumlah terkini kutipan filem tersebut sebanyak $2.772 bilion dolar. Avengers: Endgame kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya $15.6 untuk mengatasi kutipan filem Avatar arahan James Cameron.

Filem Spider-Man: Far From Home kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan, mankala sebanyak 59 pawagam tempatan masih menayangkan filem Avengers: Endgame.



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee