Nampaknya filem sekuel Spider-Man: Far From Home bakal menyaksikan Peter Parker (Tom Holland) bakal menggunakan sut terbarunya dalam usahanya menentang musuh.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini, Peter Parker dilihat mengenakan sut halimunan yang berwarna hitam yang turut disertakan dengan perisai badan dan goggle ‘night vission’. Lebih menarik logo yang terdapat pada sut tersebut kelihatan seperti simbol S.H.I.E.L.D.
Spidey's stealth suit up-close in #SpiderManFarFromHome ! pic.twitter.com/wA3jcCrldT
— Daniel Richtman (@DanielRPK) October 1, 2018
Sut halimunan ini diinspirasikan dari sut Spider-Man: Noir yang dipakai oleh Peter Parker versi 1930an, iaitu ‘alternate reality’ Spider-Man. Spider-Man: Noir sedikit berbeza dengan versi-versi Spider-Man yang lain dimana dia turut menggunakan pistol untuk menentang penjenayah.
Spider-Man: Far From Home diarahkan oleh Joh Watts dan ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers. Turut membintangi filem ini adalah Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal. Turut muncul dalam filem ini nanti adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.
Spider-Man: Far From Home akan menemui penonton pada 5 Julai 2019