Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Far From Home Raih $30 Juta Pada Tayangan Pembukaan Di China

Filem Spider-Man: Far From Home telahpun memulakan tayangan lebih awal di China, dan filem terbitan Sony / Marvel Studios itu berjaya mencatatkan kutipan memberangsangkan apabila berjaya meraih $30 juta dolar pada tayangan Jumaat yang lalu.

Kutipan tersebut telah mengatasi kutipan filem Spider-Man: Homecoming yang meraih $27 juta dolar dalam tempoh yang sama pada September 2017.

Spider-Man: Far From Home kini menerima kritikan positif dari para pengkritik dengan rating terkini dilaman Rottentomatoes sebanyak 91% dari 133 jumlah pengulas.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan di Malaysia pada 3 Julai ini.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment