Trivia

Spider-Man: Far From Home Mungkin Memperkenalkan Pengganti Organisasi S.H.I.E.L.D?

Views

*Amaran! artikel ini mengandungi spoiler Spider-Man: Far From Home

Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai penerangan babak ‘post credit’ Spider-Man: Far From Home dan teori mengenai karakter rahsia Chameleon dalam filem terbaru Marvel itu. Kali ini, kami ingin berkongsikan satu lagi teori menarik disebalik babak ‘post credit’ Far From Home yang berkait dengan legasi komik Marvel.

Seperti yang anda semua tahu, babak ‘post credit’ Far From Home memberi kejutan besar apabila menyaksikan Nick Fury dan Maria Hill bukanlah diri mereka sebenar, sebaliknya mereka adalah Talos dan Soren yang merupakan bangsa ‘shapeshifter’ Skrull. Kami bukanlah hendak berteori mengenai berapa lama kedua-dua bangsa Skrull itu menyamar menjadi Fury dan Hill, sebaliknya apa yang dibuat oleh Nick Fury di angkasa lepas

Melalui beberapa sumber pembacaan dari laman hiburan luar negara, Nick Fury sebenarnya bukan sedang menuju ke planet Skrull ataupun mengadakan temujanji dengan Captain Marvel dengan menaiki kapal angkasa ‘Malaysian Space Airline’, sebaliknya dia berada dalam sebuah pengkalan angkasa yang sedang dibina oleh Skrull,

BACA:  Sejauh Mana Keseriusan Produser Tempatan Dalam Adegan Berkaitan Perubatan

Menarik bukan? tapi pengkalan untuk siapa yang sedang mereka bina itu? mari kita lihat…

Mewujudkan Organisasi S.W.O.R.D

S.W.O.R.D adalah singkatan kepada Sentient World Observation and Response Department, dan tugasnya hampir sama seperti SHIELD. Jika SHIELD melindungi Bumi ancaman dalaman, S.W.O.R.D melindungi Bumi dari ancaman angkasa lepas.

Dalam versi komik, S.W.O.R.D mula diperkenalkan dalam komik Astonishing X-Men: Vol. 3 #6 pada 2004 dan dicipta oleh Joss Whedon dan John Cassaday. Ia merupakan agensi perisikan yang berpengkalan di ‘The Peak’ dan beroperasi di orbit Bumi. Agensi ini diketuai oleh Agent Abigail Brand yang berperanan sama seperti Nick Fury dan menjalankan tugas melindungi Bumi dari ancaman musuh-musuh dari serata alam semesta.

Berdasarkan kesinambungan MCU, organisasi S.H.I.E.L.D telahpun musnah selepas ‘event’ Winter Soldier dan organisasi tersebut bergerak secara ‘underground’ yang kini diketuai oleh Agent Phil Coulson. Secara teknikalnya, S.H.I.E.L.D dianggap ‘mati’.

Dengan berlakunya krisis terbaru seperti Infinity War dan Endgame, Bumi memerlukan organisasi yang jauh lebih besar dari S.H.I.E.L.D. Jadi Fury mengambil langkah awal untuk mewujudkan dan membesarkan organisasi baru yang mampu melakukan tugas-tugas perisikan dan perlindungan berskala angkasa lepas.

Agak menarik sebenarnya jika S.W.O.R.D mula diperkenalkan dalam MCU kerana ia memberi peluang untuk ‘storyline’ ‘Secret Invasion’ diangkat ke layar perak. Tambahan dengan perancangan filem The Eternals dan Guardians of the Galaxy Vol. 3, peranan S.W.O.R.D mungkin diperlukan untuk menangkis ancaman musuh-musuh dari angkasa lepas sepertimana yang berlaku dalam filem Infinity War dan Endgame. 

Alpha Flight (Space Program)

Alpha Flight mungkin dikenali sebagai kumpulan adiwira negara Kanada, tetapi Alpha Flight (Space Program) adalah versi berbeza. Mula diperkenalkan dalam ‘event’ All-New, All-Different Marvel, organisasi ini mempunyai satu tujuan, iaitu menjadi benteng pertama pertahanan Bumi apabila diancam musuh dari angkasa lepas.

BACA:  Karakter - Karakter Yang Bakal Muncul Dalam Avengers: Infinity War

Versi komik Earth-616, Alpha Flight (Space Program) diketuai oleh Captain Marvel dan Lt. Commander Abigail Brand, bekas ketua organisasi S.W.O.R.D. Antara ahli dalam organisasi ini adalah kumpulan superhero ‘Ultimates’ yang terdiri daripada Black Panther, Blue Marvel, Ms. America dan Spectrum. Organisasi ini juga bersekutu dengan Avengers, Guardians of the Galaxy, Nova dan A-Force

Captain Marvel, Black Panther, Nova, Guardians of the Galaxy, Avengers dan.. A-Force(?) telahpun diperkenalkan dalam Marvel Cinematic Universe. Pasca Endgame juga mungkin mendorong untuk Captain Marvel memberi cadangan kepada Nick Fury untuk membina sesuatu bagi menghalang dari kejadian sama berulang kembali.

Tidak mustahil untuk kumpulan Alpha Flight diwujudkan dalam fasa 4 MCU bagi menggantikan organisasi S.H.I.E.L.D dalam menjaga keselamatan Bumi. Lagipun, versi komik, organisasi ini mempunyai pengkalan di angkasa lepas.

Apapun, tidak kisahlah untuk siapa pengkalan tersebut dibina, kerana kewujudan dua organisasi ini bakal membawa masuk lebih banyak ‘storyline’ komik ke layar perak, seperti ‘Secret Invasion’. Jadi kepada peminat-peminat Marvel, mana satu organisasi yang anda rasa sesuai untuk diwujudkan dalam fasa 4 Marvel Cinematic Universe

Tinggalkan Balasan

shares