Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Far From Home Menjadi Filem Pertama Spider-Man Catat Kutipan $1 Billion Dolar

Seperti yang dijangkakan para peminat dan penganalisis, filem Spider-Man: Far From Home menjadi filem ‘Spider-Man’ pertama yang mencatatkan kutipan melebihi $ 1 billion dolar.

Sekuel filem Spider-Man: Homecoming arahan Jon Watts itu telah berjaya mengutip $333 juta dolar di pasaran domestik Amerika Syarikat dan $672 juta dolar dari pasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $1.05 billion dolar.


Spider-Man: Far From Home kini menjadi filem kedua Sony yang berjaya menyertai ‘kelab $1 billion’ selepas filem Skyfall ($1.1 billion dolar) berjaya melakukannya pada tahun 2012.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Spider-Man: Far From Home dibintangi oleh Tom Holland yang memainkan peranan utama sebagai Peter Parker / Spider-Man, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment