Filem terbaru Sony & Marvel Studios, Spider-Man: Far From Home telah berjaya menambah $145.3 juta seluruh dunia pada minggu kedua tayangannya, menjadikan jumlah terkumpul kini mencecah $847 juta seluruh dunia. Prestasi memberangsangkan itu mencerahkan peluang filem kedua Spider-Man itu untuk meraih $1 billion dolar sekaligus menjadi filem Spider-Man paling tinggi kutipan tiket.
Dua filem terbaru Disney iaitu Toy Story 4 dan Aladdin terus mencatat keuntungan sepanjang tempoh tayangan. Toy Story 4 kini telah berjaya mengumpul $771.1 juta dolar seluruh dunia, manakala Aladdin kini menghampiri angka $1 billion apabila kini telah mengumpul $960.2 juta dolar.
Filem seram terbaru, Crawl telah mengutip $16.8 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, sekaligus berjaya melepas modal pembikinan filem sebanyak $13.5 juta dolar. Manakala filem terbitan 20th Century Fox, Stuber berjaya meraih $11 juta dolar seluruh dunia, juga pada minggu pertama tayangan.
Sementara itu, filem Avengers: Endgame kini semakin menghampiri kutipan filem Avatar dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya $7.3 juta dolar lagi untuk merampas kedudukan Avatar. Avengers: Endgame kini telah mengumpul kutipan tiket sebanyak $2,780.8 billion dolar manakala kutipan Avatar $2,788.0 billion dolar.