Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Far From Home Diura-Ura Akan Kembali Ke Layar Perak Dengan Tambahan Babak “Director Cut”

Tayangan semula filem Avengers: Endgame yang lalu telah menimbulkan rasa tidak puas hati peminat kerana tiada babak-babak tambahan melainkan klip penghargaan kepada Stan Lee, ‘deleted scene’ dan babak pasca kredit.

Walaupun begitu, ia banyak membantu dalam pertambahan kutipan tiket Avengers: Endgame, sekaligus berjaya memintas kedudukan Avatar untuk menjadi filem paling laris dalam sejarah.

Melihat kepada strategi pemasaran yang begitu berkesan itu, terdapat ura-ura yang mengatakan Sony Pictures bakal mengikuti jejak langkah Marvel Studios untuk menayangkan semula filem Spider-Man: Far From Home dipawagam.

Menurut laporan dari MCU Cosmic, tayangan semula Spider-Man: Far From Home tidak seperti Avengers: Endgame, sebaliknya Sony akan menambah babak-babak baru (Director’s Cut) yang tidak pernah dilihat oleh penonton. Dikatakan juga, tayangan semula filem tersebut akan bermula pada 30 Ogos akan datang dan akan berlangsung sehingga 5 September.

Setakat ini, apa yang dilaporkan boleh dianggap sekadar khabar angin, tetapi jika ianya benar, tayangan semula versi “Director’s Cut” ini mungkin lebih menarik dari Avengers: Endgame kerana ia melibatkan pertambahan babak-babak yang dipotong oleh pengarah.

Apapun kita nantikan pengumuman rasmi dari Sony Pictures!

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment