Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man: Far From Home Dilaporkan Mampu Meraih Lebih Setengah Billion Dalam Tempoh 10 Hari Tayangan

Filem Spider-Man: Far From Home telahpun memulakan tayangannya di China pada minggu lalu dan kini telah berjaya mengumpul sekurang-kurangnya $110 juta dolar sejak ia ditayangkan.

Berdasarkan dari prestasi baik filem terbaru Marvel itu di pasaran China, penganalisis menjangkakan, pasaran antarabangsa mampu memberi kutipan sekurang-kurang $335 juta dolar menjelang 7 Julai dan diantara $460 juta – $500 juta selepas 10 hari ditayangkan.


Manakala, untuk pasaran domestik Amerika Syarikat, Sony meletakkan sasaran kutipan sebanyak $125 juta dolar pada minggu pertama. Bagaimanapun penganalisis yakin, sekuel berkenaan mampu mengutip $140 juta dolar dalam tempoh 6 hari.

Jika jangkaan penganalisis tepat, tidak mustahil sekuel Spider-Man ini mampu mencatatkan kutipan lebih $1 billion dolar, sekaligus menjadi filem Spider-Man pertama yang mencatatkan kutipan tersebut.

Kepada peminat-peminat filem Marvel, jangan lupa saksikan filem Spider-Man: Far From Home yang akan memulakan tayangannya di Malaysia mulai 2 Julai ini. Anda boleh dapatkan tiket lebih awal di pawagam-pawagam berhampiran.

Related posts

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Leave a Comment