Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man Akan Kembali Ke Pangkuan Marvel Sekirannya Apple Membeli Sony Pictures


Selain Netflix, Amazon. Hulu dan Disney+, Apple juga turut mengorak langkah dalam dunia penstriman video apabila mewujudkan laman penstriman mereka sendiri iaitu Apple TV+.

Dengan harga langganan serendah RM 20.86 sebulan, Apple TV+ dilihat mampu untuk memberi saingan hebat kepada syarikat penstriman yang lain terutamanya Netflix dan Disney+.

Cuma sedikit masalah yang dihadapi oleh Apple, iaitu mereka kekurangan bahan siaran. Setakat ini, Apple memiliki beberapa siri ‘original’ seperti The Morning Show yang dibintangi Jennifer Aniston dan Steve Carell, Dickinson lakonan Hailee Steinfeld, See lakonan Jason Momoa dan For All Mankind, siri sains fiksyen yang memaparkan sejarah alternatif dimana US tewas dalam perlumbaan angkasa.

Jadi bagaimana Apple ingin mendapat bahan siaran untuk laman penstriman mereka?

Menurut seorang penganalisis Dan Ives dari firma Wedbush, Apple kini sedang mengintai peluang untuk mengambilalih syarikat yang terlibat dalam dunia perfileman dan televisyen. Antara yang berada dalam radar Apple adalah A24 Studio, Lionsgate, Viacom/CBS, Sony Pictures, MGM Studios, Netflix, dan beberapa pengeluar permainan video.


Dari senarai diatas, A24 Studio dan Sony Pictures antara yang paling ‘panas’. Kedua-dua syarikat terbabit memiliki harta intelek dan bahan siaran yang begitu banyak dan boleh digunakan oleh Apple. Sudah tentu, syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal itu hanya perlu memilih salah satu dari syarikat yang disenaraikan.

Agak menarik sebenar jika Apple fokus untuk mendapatkan Sony Pictures. Sony sememang memiliki harta intelek yang paling banyak berbanding syarikat-syarikat yang disenarikan, malah syarikat itu juga miliki hak karater Marvel Spider-Man. Jika Apple berjaya mendapatkan Sony Pictures, berkemungkinan segala hakmilik karakter-karakter Spider-Man akan dipulangkan kepada Marvel.

Ia berdasarkan perjanjian diantara Sony dan Marvel dimana ia mengatakan hakmilik Spider-Man akan dipulangkan kepada Marvel sekiranya Sony Pictures dibeli oleh mana-mana pihak.

Apapun, segalanya terpulang kepada Apple sama ada ingin membeli Sony Pictures, atau memburu mana-mana syarikat perfileman dan televisyen yang lain demi memenuhi bahan siaran untuk Apple TV+. Dipihak Sony, Ketua Pegawai Eksekutifnya sebelum ini pernah menyatakan tidak akan menjual division Filem dan Televisyen kepada mana-mana pihak, tetapi segalanya bergantung kepada syarikat induk mereka, dan jika ditawarkan sejumlah wang yang banyak, tidak mustahil ia akan menjadi seperti Fox yang menjual division filem dan televisyen kepada Disney.

Sumber: Yahoo! Finance, We Got This Covered


Related posts

Babak Kredit ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ Telah Dibuang Dari Filem & Ini Butirannya

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Menguasai Box Office Seluruh Dunia Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Spider-Man: Across The Spider-Verse Ending Explained! Apa Yang Kita Boleh Jangka Dalam Filem Seterusnya

Kakimuvee

Sony Sedang Bangunkan Filem Live-Action Spider-Woman & Miles Morales

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Terbaru “Spider-Man: Across the Spider-Verse”

Kakimuvee

Kontrak Tom Holland Sebagai Spider-Man Disambung Untuk Trilogi Baharu

Kakimuvee