Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Spider-Man: Across The Spider-Verse Ending Explained! Apa Yang Kita Boleh Jangka Dalam Filem Seterusnya


Filem animasi Sony Pictures Animation Spider-Man: Across the Spider-Verse telahpun memulakan tayangannya beberapa hari yang lalu, dan rata-rata peminat filem komik superhero memuji filem tersebut kerana menyampaikan sebuah cerita yang diluar jangkaan dengan kualiti animasi yang sangat menarik dan kejutan-kejutan cameo yang menganggumkan.

Tetapi, dikala penonton tidak senang duduk dengan situasi yang dihadapi wira kita, filem Across the Spider-Verse meninggalkan penamat yang sangat perit kerana kita perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk mengentahui kesudahannya. 

Penamat Spider-Man: Across the Spider-Verse meninggalkan banyak persoalan? Bagaimana Miles Morales tersilap ‘universe?’ Adakah Miles Morales akan menggadaikan moralnya demi menyelamatkan orang yang tersayang? Kita akan bincangkan penamat dan teori disini

AMARAN SPOILER!!!

Klimaks sebenar Spider-Man: Across the Spider-Verse bermula ketika Miles cuba untuk pulang ke dunianya dengan memasukkan data dna ke dalam mesin yang menghantar varian ke tempat asalnya. DNA Spider dalam badan Miles Morales adalah bahagian yang sangat penting dalam arka Across the Spider-Verse kerana kita akhirnya mengentahui bahawa Miles sebenarnya adalah individu yang telah melanggar kanon atau ‘original anomly’ sejak dari siri ini bermula. 


Labah-labah radiasi yang mengigit Miles sebenar berasal dari Earth-42 dan ia secara tidak sengaja dibawa ke Earth-1610 – dunia yang didiami Miles. Peristiwa Miles digigit labah-labah radiasi itu secara tidak langsung telah mengubah kanon dunia yang didiami Miles dan dan juga dunia Earth-42. 

Tetapi, peristiwa Miles digigit labah-labah radiasi tidak memberi kesan yang besar kepada kanon, sebaliknya terdapat satu peristiwa yang sangat penting, yang boleh memberi kesan kepada ‘multiverse’ sekirannya Miles Morales membuat keputusan untuk mengubahnya.

Pengorbanan Terbesar Spider-Man

Sewaktu membantu Spider-Gwen, Hobbie Brown aka Spider-Punk dan Pavitr Prabhakar aka Spider-Man India di Mumbattan (Earth 50101), Miles secara tidak sengaja mencetuskan “nexus event’ di Earth 50101, dimana dia menyelamatkan seorang pegawai polis yang juga bapa kepada teman wanita Spider-Man India. 

Sekumpulan Spider-Man dari Spider-Society segera ke Earth 50101 untuk membendung anomali dimensi dimana dunia Earth 50101 secara tiba-tiba semakin meretak dan menunggu masa untuk musnah. Miles bersama Spider-Gweh, Hobbie dan Pavitr telah dipanggil ke markas Spider-Society yang terletak di Earth-928 dan bertemu dengan Miguel O’Hara / Spider-Man 2099.

Ketika berada disana, Miles telah diterangkan tentang multiverse oleh O’Hara, dan perbuatannya menyelamatkan pegawai polis itu telah meretakkan universe Earth 50101. O’Hara menerangkan bagaimana setiap kisah Spider-Man akan mengandungi “peristiwa kanon”, seperti kematian kapten polis, dan mengubah perisitwa tersebut akan mengancam struktur ‘multiverse.’ 

Menurut O’Hara lagi, ‘peristiwa kanon’ itu adalah pengorbanan terbesar yang perlu diterima setiap Spider-Man. Tetapi, Miles berfikiran sebaliknya selepas menyedari bahawa bapanya bakal menjadi kapten polis tidak lama lagi, dan penjahat Spot bakal mencetuskan ‘peristiwa kanon’ dalam dunia Miles. 

Melihat pada tindakan Miles, O’Hara segera mengurungnya supaya dia tidak menggangu struktur ‘multiverse’. Bagaimanapun, Miles berjaya melarikan diri dan menyebabkan dia diburu ratusan Spider-Man. 

Earth-42

Selepas berjaya memperdayakan O’Hara dan ratusan Spider-Man yang lain, Miles kembali ke markas Spider-Society untuk menggunakan mesin ‘multiverse’ dan pulang ke dunianya. Namun kesilapan berlaku kerana mesin itu hanya mengesan DNA dari dunia asal. Dan memandangkan Miles telah digigit labah-labah radiasi dari Earth-24, telah dihantar ke dunia tersebut, bukannya ke Earth-1610.

Miles yang menyangka dia berada di Earth-1610 merasa aneh melihat perubahan pada ibunya, sehinggalah dia mula menyedari anomali apabila melihat pakciknya yang telah mati, Aaron, tiba-tiba muncul di rumahnya. 

Melihat Gwen sebagai liabiliti, O’Hara menendangnya keluar Gwen dari Spider-Society dan menghantarnya kembali ke duniannya. O’Hara kemudiannya mengumpul beberapa orang yang dipercayai untuk pergi ke Earth 1610, bagi menghalang Miles dan memantau pergerakan Spot. 

Penjahat Spot pada ketika itu telah kembali kedunianya untuk membalas dendam terhadap Miles, sekaligus mencetuskan “peristiwa kanon” dalam kisah Miles Morales. 

Prowler Miles

Selepas bertemu dengan pakcik Aaron nya dan mengentahui bapanya telah mati, Miles mula menyedari bahawa di berada di Earth-42, tempat asal usul labah-labah yang mengigitnya. Situasi menjadi lebih rumit apabila ‘satu lagi’ Miles hadir ke tempat pakciknya, Miles dari Earth-42 menjadi Prowler.

Keliru dan terdesak untuk menyelamatkan bapanya, Miles menerangkan kepada mereka berdua bahawa dia bukan dari dunia mereka, sebaliknya dari dunia lain dan merayu melepaskannya agar dia boleh kembali ke dunianya. Namun, kata-kata Miles tidak diendahkan Aaron dan Prowler Miles, dan Miles cuba memujuk variannya untuk membantu menyelamatkan bapa mereka.

Gwen Mengumpul Kumpulan Musiknya

Terdesak untuk membantu Miles, Gwen pulang kerumah dan akhirnya menyelesaikan konfliknya dengan bapanya. Namun dia mempunyai misi yang masih belum diselesaikan, iaitu membantu rakan baiknya. Ketika sedang runsing, bapanya menghulukan sesuatu kepadanya, dan terima kasih kepada Hobbie Brown, ia adalah gelang untuk merentas ‘multiverse.’

Ketika menggunakan gelang itu untuk pergi ke Earth-1610, Gwen menyedari bahawa Miles tidak menjejakkan kaki ke duniannya. Selepas beberapa ketika, dia tersedar tentang labah-labah radiasi dari dunia lain, dan menjangkakan bahawa Miles mungkin dihantar ke tempat tersebut. 

Dalam masa yang sama, Jessica Drew, yang bersama O’Hara, mengintip pergerakkan Gwen.

Selepas bercakap dengan ibubapa Miles di Earth-1610, Gwen mengumpul pasukkannya, yang terdiri Peter B., Mayday, Prabhakar, Brown, Kess, Spider-Man Noir, Peni Parker, dan Spider-Ham. Mereka semua adalah rakan-rakan Miles, manakala Prabhakar ingin membalas budi Miles yang menyelamatkan bapa teman wanitanya, manakala Hobbie Brow, Spider-Punk yang tidak suka dengan kepimpinan O’Hara. 

Mereka semuanya berkumpul untuk mencari Miles.

Jika Spider-Man: Into the Spider-Verse lebih kearah keluarga, Across the Spider-Verse nampak lebih tertumpu kepada pengorbanan. Dalam filem ini, kita melihat dia begitu mengambil mudah terhadap perasaan ibu bapanya, terutamanya ayahnya, Jefferson. Dan, apabila melihat pekara buruk akal berlaku, dia menjadi terdesak dan terburu-buru untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama dan menghargai bapanya.

Miles rasa dikhianati, dengan banyak kuasa-kuasa besar cuba untuk menghentikannya. Dalam masa yang sama, Spider-people kini terbahagi kepada dua puak dengan O’Hara mengetuai pasukan yang ingin menghentikan Miles dan pasukan Gwen Stacy yang mahu membantu Miles. Perang antara Spider-Man mungkin tidak dapat dielakkan, dan mampukah Spider-Verse bertahan dengan pertembungan besar ini, dan apa kosnya?

Kita sudah melihat bagaimana Earth-42 mengubah Miles, dan dia mungkin menganggap mengorbankan moralnya adalah perlu untuk menyelamatkan orang yang tersayang. Tetapi, O’Hara juga mempunyai matlamatnya, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakan ‘multiverse’ dari runtuh. 

Sudah tentu kita mahu melihat Miles menang, tetapi adakah pertembungan mereka akan berakhir tanpa sebarang tragedi dan kecederaan? Dan bagaimana jika O’Hara memenangi perlawanan ini dan berjaya menghalang keruntuhan multiverse? Sanggup Miles menerima pengorbanannya, dan akhirnya berpotensi berubah menjadi dingin dan ‘dark’?

Versi komik sudah menunjukkan bagaimana tragedi masa lalu boleh mengubah personaliti Miles menjadi jahat dan gelap, Deathlok dalam komik Savage Avengers antaranya. Sudah pastinya ramai peminat tidak mahu melihat Miles terjerumus kearah itu, dah berharap dia menggunakan kebijaksaannnya dalam mencapai matlamatnya tanpa sebarang tragedi dan meneruskan penggembaraannya sebagai Spider-Man.

Spider-Man: Beyond the Spider-Verse akan ditayangkan pada 29 Mac 2024. 


Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee