Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man 3 Bukan Filem Terakhir Tom Holland Di MCU

Dua hari lalu, peminat-peminat filem Marvel khususnya peminat Spider-Man menerima berita cukup mengembirakan apabila Disney dan Sony kembali ‘merujuk’ antara satu sama lain. Antara syarat ‘rujuk’ mereka adalah Spider-Man 3 akan diterbitkan Kevin Feige dan Marvel Studios.

Namun begitu, syarat tersebut kurang jelas dikalangan peminat Marvel. Adakah Spider-Man 3 akan menjadi filem terakhir Spider-Man di Marvel Cinematic Universe (MCU) sebelum membuat kemunculan dalam ‘Spider-Verse’ yang kini sedang dibangunkan Sony Pictures?.

Berdasarkan perjanjian baru diantara Disney dan Sony, Spider-Man secara rasminya kembali ke MCU untuk melengkapkan francaisnya menerusi filem Spider-Man 3, dan dalam masa yang sama Sony boleh menggunakan karakter Spider-Man dalam dunia sinematik Marvel mereka sendiri. Walaupun kata kuncinya “melengkapkan francais”, Ia tidak bermakna Spider-Man 3 akan menjadi filem terakhir Tom Holland di MCU.

Menurut laporan terbaru dari laman We Got This CoveredSpider-Man akan membuat kemunculan dalam satu lagi filem MCU, cuma pihak Marvel Studios belum mengumumkan filem kedua itu. Berdasarkan sumber yang mendedahkan kepada laman tersebut, Spider-Man berkemungkinan akan muncul dalam filem kumpulan superhero Marvel yang dikenali sebagai New Avengers. 

New Avengers akan melibatkan beberapa karakter adiwira seperti Captain Marvel, Doctor Strange, Black Panther, Blade, Shang-Chi, Thor versi Jane Foster dan banyak lagi. Spidey juga dikhabarkan akan ahli kumpulan tersebut, cuma pengesahannya masih tidak dapat dipastikan sehingga projek filem tersebut berjalan.

Buat masa ini, info New Avengers mungkin tidak akan didedahkan sehingga Fasa 4 MCU selesai. Ia menjadi kebiasaan Marvel Studios dan Kevin Feige untuk merahsiakan perancangan filem-filem mereka. Berkemungkinan kumpulan superhero New Avengers akan diperkenalkan dalam Fasa 5 atau 6 MCU. Tambahan pula, Spider-Man akan melengkap francaisnya pada 2021, dan cara lain untuk menampilkan Spider-Man dalam MCU adalah menerusi sebuah filem ‘crossover’ sepertimana mereka membawa masuk karakter Spider-Man dalam filem Avengers: Endgame, dan Captain America: Civil War. 

Buat masa ini, peminat hanya perlu menantikan filem Spider-Man seterusnya iaitu pada 16 Julai 2021, dan menjangkakan kemunculannya dalam beberapa filem Marvel Sony sebelum kembali ke MCU menerusi filem New Avengers, atau mungkin filem ‘crossover’ lain yang melibatkan karakter Spider-Man.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment