Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Berita yang mula tersebar dilaman hiburan antarabangsa!

Dikhabarkan, pelakon British Alfred Molina akan kembali meneruskan peranannya sebagai Doctor Octopus dalam filem Spider-Man 3 akan datang. 

Menurut laporan GWWpelakon tersebut dikatakan telah tiba di set penggambaran untuk menjalani latihan koregrafi lagak ngeri dan telah merakamkan babaknya sebagai Doc Ock sejak seminggu yang lalu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada Molina akan memainkan peranan Otto Octavius sama seperti dalam filem Spider-Man 2 arahan Sam Raimi, atau dia mungkin memainkan versi penjahat Spider-Man yang baru dan belum pernah dilihat peminat. 

Buat masa ini, laporan tersebut masih dianggap khabar angin memandangkan belum ada pengesahan dari pihak studio atau pelakon tersebut.

Sejak Jamie Foxx diberitakan akan kembali sebagai Electro, banyak khabar angin telah tersebar, yang mengatakan beberapa watak dari francais asal akan kembali dalam Spider-Man 3, ini termasuklah Tobey Maguire dan Andrew Garfield yang dikhabarkan akan meneruskan peranan mereka sebagai Spider-Man.

Tambahan pula, terdapat ura-ura yang mengatakan Spider-Man 3 akan meneroka elemen Multiverse/Spider-Verse, dan jika ianya benar, tidak mustahil penjahat dari francais asal kembali dalam filem akan datang. 

Diarahkan oleh Jon Watt, Spider-Man 3 dibintangi Tom Holland, Zendaya, Jacob Batalon, Jamie Foxx dan Benedict Cumberbatch. Filem terbaru MCU / Sony ini akan ditayangkan dipawagam pada 17 Disember 2021.

Related posts

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

HBO Max Bangunkan Siri TV Live-Action “Harry Potter”

Kakimuvee

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating