Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spencer: Pandangan Pertama Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana


NEON telah mengumumkan bahawa produksi filem mengenai Puteri Diana, Spencer arahan Pablo Larrain telahpun bermula, dan akan menjalani penggambaran di Jerman dan UK. 

Pengumuman itu itu dibuat selepas gambar rasmi pertama telah didedahkan kepada umum, menampilkan Kristen Stewart (Panic Room) sebagai Puteri Diana

“Spencer akan menyelami emosi Diana ketika dia berada pada titik perubahan penting dalam hidupnya”, kata Stewart dalam satu kenyataan. 

Ditulis oleh Steven Knight (Peaky Blinders), Spencer akan merangkumi hujung minggu yang kritikal pada awal tahun 90an ketika Diana memutuskan perkahwinannya dengan Putera Charles tidak berjalan lancar dan dia perlu menjauhkan diri dari jalan yang membawanya menjadi permaisuri suatu hari nanti.

Berikut adalah sinopsis rasmi:


December, 1991: The Prince and Princess of Wales’ marriage has long since grown cold. Though rumours of affairs and a divorce abound, peace is ordained for the Christmas festivities at Sandringham Estate. There’s eating and drinking, shooting and hunting. Diana knows the game. This year, things will be a whole lot different.”

Filem ini tidak melibatkan kematian tragis Puteri Diana setelah dia meninggalkan kehidupan istana, tetapi akan melihat keretakan hubungan dengan suaminya dan cinta terhadap puteranya, Putera William dan Putera Henry.

Menyertai Stewart adalah Timothy Spall (Mr. Turner), Sally Hawkins dan Sean Harris. Filem ini akan diterbitkan Larrain bersama-sama Juan de Dios, Jonas Dornbach, Janine Jackowski dan Paul Webster. 


Related posts

Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana Dalam Teaser Trailer “Spencer”

Kakimuvee

Kristen Stewart Bawa Watak Puteri Diana Dalam Filem Drama SPENCER

Kakimuvee