‘Spectre’ Mungkin Filem James Bond Terakhir Daniel Craig

0
250
views
spectre daniel craig
www.theverge.com

Daniel Craig memulakan kariernya sebagai James Bond pada Oktober 2005, dan filem pertama beliau sebagai ejen 007 yang terkenal itu adalah Casino Royale. Pada permulaan kariernya sebagai James Bond, ramai peminat tidak bersetuju dengan pemilihan Daniel Craig sebagai James Bond terbaru kerana mereka beranggapan Pierce Brosnan masih releven untuk membawa watak tersebut. Malah mereka mengugut untuk memboikot filem Casino Royale.

Kini, Craig telahpun melakonkan 3 filem James Bond dan filem terakhirnya Skyfall adalah filem James Bond yang paling sukses sekali. Kini setelah berlakon 4 filem James Bond (termasuk yang akan datang, Spectre), aktor tersebut membayangkan untuk tidak akan membawa watak James Bond untuk filem akan datang.

Craig memberitahu kepada laman Esquire bahawa filem Spectre adalah filem terakhir dibawah kontrak Bond beliau, dan dia tidak menandatangai apa-apa kontrak untuk filem-filem James Bond akan datang. Craig juga memberitahu yang buat masa ini dia tidak terfikir untuk terus membawa karakter James Bond.

21031_james_bond
www.cultofmac.com

Berita terbaru ini mungkin disebabkan Craig dalam proses perbincangan untuk menandatangni kontrak baru ataupun beliau sudah tidak mampu untuk meneruskan membawa karakter ini.

Spectre, filem ke-24 siri James Bond ini adalah arahan Sam Mendes dan terbitan produksi Eon Productions akan menemui penonton pada 26 Oktoboer 2015 ini. Mari kita tonton filem terakhir Daniel Craig sebagai ejen 007 ini.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here