Filem Bond terakhir Daniel Craig,Ā SpectreĀ dikatakan telah meraih perhatian masyarakat Amerika Syarikat apabila ia berjaya meraih kutipan sehingga USD73 juta menerusi tayangan di 3,972 panggung wayang.
FilemĀ arahan Sam Mendes ini sekali gus menjadikan filem kedua James Bond yang mendapat kutipan tertinggi selepas filemĀ Skyfall (2012) yang telah mendapat kutipan tertinggi iaitu sebanyak USD88.4 juta dan diikuti Quantum Of Solace iaitu USD67.5 juta pada tahun 2008.
Manakala diĀ England pula, filem yang dibintangi Daniel Craig ini juga turut mencatat rekod box office sebanyak 41.7juta pound.
Ternyata kritikan daripada pengkritik filem yang menganggap Spectre terlalu meleret-leret, tidak logik dan hero yang sukar untuk ditewaskan tidak menghalang peminat-peminat James Bond menyaksikan karya berkenaan.
Spectre mengisahkan misi James Bond menghadapi organisasi jahat bernama Spectre.