Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Disney+ Hotstar mengumumkan siri original pertama dari Malaysia “Special Force: Anarchy” yang bakal disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar Malaysia tidak lama lagi. Drama bersiri aksi yang hebat ini diterbitkan oleh Skop Productions dan dibintangi oleh barisan artis tersohor, Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir dan Yusuf Bahrin.

Drama bersiri 8 episod ini mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara. Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!


Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).

Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).

Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.

Drama aksi penuh debaran ini, turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theebaan G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari dan Daniella Sya.

“Special Force: Anarchy” adalah hasil karya June Tan dan Nazri Vovinski, diterbitkan oleh Shamin Yusof di bawah arahan Syafiq Yusof. Syafiq Yusof merupakan pemenang anugerah Pengarah Filem Harapan di Festival Filem Malaysia 2012 serta penerima anugerah Pengarah Filem Terbaik pada 2017 oleh PROFIMA (Pekerja Filem Profesional Malaysia).

Diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia, “KL Special Force”, drama siri aksi terbaharu ini diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan Skop Productions, yang terkenal dengan filem popular lainya termasuk “KL Special Force ”“Munafik” dan francais “KL Gangster”.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment