Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spawn Reboot Sah Akan Diterbitkan, McFarlane Akan Mengarah

Pencipta komik Spawn, Todd McFarlane akan membuat penampilan pertama sebagai pengarah apabila akan menghasilkan filem reboot Spawn tidak lama lagi. Beliau juga akan bertindak menjadi penulis untuk filem tersebut. McFarlane menerusi syarikatnya, McFarlane Films akan bekerjasama dengan syarikat produksi Blumhouse Productions untuk menghidupkan kembali frnachise filem Spawn yang telah terkubur.

Blumhouse Prductions terkenal dalam penghasilan filem-filem horror berbudget rendah seperti Paranormal Activity, Insidious, The Purge dan Get Out.

Jason Blum yang juga pemilik syarikat produksi Blumhouse mengeluarkan kenyataan tentang kerjasama diantara kedua-dua syarikat dalam penerbitan filem reboot Spawn.

“Having worked with many visionary directors, I think Todd’s unique artistic talents will only add to his role as director of this film”

McFarlane sebelum ini pernah menyuarakan hasrat dan merancang untuk menghasilkan semula filem Spawn. Walaupun filem sebelum ini mendapat kritikan negatif dari pengkritik filem, ia tidak menghalang dirinya untuk hasilkan semula filem hasil dari karya beliau. Kini dengan penglibatan produksi Blumhouse, reboot filem Spawn kini akan menjadi kenyataan.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment