Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Space Sweepers” Dedah Poster Terbaru, Umum Tarikh Tayangan.

Filem akan datang Space Sweepers akan ditayangkan serentak di 190 buah negara bermula pada 5 Februari ini eksklusif di Netflix. Selain itu juga, sebuah poster terbaru telah dikongsikan kepada peminat. Anda boleh saksikan poster tersebut dibawah. 

Diarahkan oleh Jo Sung-hee (A Werewolf Boy), filem sains fiksyen ini ditetapkan pada tahun 2092, dan mengikuti kisah kru kapal pemungut sampah angkasa lepas yang dikenali sebagai The Victory. Apabila mereka menemui robot humanoid bernama Dorothy yang terkenal sebagai senjata pemusnah besar-besaran, mereka terlibat dalam perjanjian perniagaan yang berisiko.

Space Sweepers dibintangi pelakon seperti Song Joong-Ki, Kim Tae-Ri, Jin Seon-Kyu, Yoo Hae-Jin dan aktor British Richard Armitage, yang membintangi filem Korea pertamanya. 

Filem ini sepatutnya ditayangkan pada musim panas tahun lalu, tetapi ditunda beberapa kali disebabkan pandemik Covid-19. 

Sementara itu, dalam poster terbaru yang dikongsikan, ia memaparkan empat karakter utama berdiri diatas kapal angkasa The Victory dengan tagline “A cleanup of space by those who’ve never been heard of or seen begins!”

Filem yang menelan kos RM89 juta ini telahpun memulakan penggambarannya pada Julai hingga November tahun lalu. Anda boleh saksikan trailer disini.

 

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha