Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Soundtrack Frozen 2 Turut Menampilkan Kacey Musgraves, Panic! at the Disco, Weezer

Disney telah mendedahkan senarai lagu-lagu soundtrack filem animasi mereka akan datang, iaitu Frozen 2. Senarai trek lagu termasuklah tujuh lagu asal yang dinyanyikan para pelakon suara serta tiga lagu penghargaan akhir kredit dari artis Kacey Musgraves, Panic! At the Disco dan Weezer.

Tajuk lagu-lagu baru termasuklah “All is Found,” “Some Things Never Change,” “Into the Unknown,” “When I Am Older,” “Lost in the Woods,” “Show Yourself” dan “The Next Right Thing.” Kesemuanya ditulis oleh Kristen Anderson-Lopez serta Robert Lopez, dan dinyanyikan oleh pelakon Frozen 2 seperti Kristen Bell, Idina Menzel, Josh Gad, Jonathan Groff dan Evan Rachel-Wood.

Sementara itu, Disney juga melancarkan video istimewa yang memaparkan petikan lagu “Into the Unknown”. Anda boleh saksikan dipemain video dibawah.

Berikut adalah senarai soundtrack lagu Frozen 2:

1. “All Is Found,” performed by Evan Rachel Wood
2. “Some Things Never Change,” performed by Kristen Bell, Idina Menzel, Josh Gad and Jonathan Groff
3. “Into the Unknown,” performed by Idina Menzel (feat. AURORA)
4. “When I Am Older,” performed by Josh Gad
5. “Reindeer(s) Are Better Than People (Cont.),” performed by Jonathan Groff
6. “Lost in the Woods,” performed by Jonathan Groff
7. “Show Yourself,” performed by Idina Menzel and Evan Rachel Wood
8. “The Next Right Thing,” performed by Kristen Bell
9. “Into the Unknown,” performed by Panic! At the Disco (end credits)
10. “All Is Found,” performed by Kacey Musgraves (end credits)
11. “Lost in the Woods,” performed by Weezer (end credits)

Frozen 2 dibintangi pelakon suara seperti Idina Menzel, Kristen Bell, Jonathan Groff, Josh Gad, dan Santino Fontana yang meneruskan watak masing-masing. Mereka turut disertai dua pelakon baru filem ini iaitu Evan Rachel Wood sebagai sebagai Queen Iduna, ibu kepada Anna dan Elsa serta Sterling K. Brown sebagai Lieutenant Mattias, ketua kepada sekumpulan askar Arendelle yang telah terperangkap dalam hutan misteri selama 30 tahun.

Soundtrack filem animasi ini akan mula dilancarkan pada 15 November ini, sebelum tayangan filem Frozen 2 yang dijadualkan pada 22 November.

Sumber: Rolling Stone

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment