Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Sooyoung, Yoo Yeon Seok, Yoo In Na Bintangi Filem Rom-Com Terbaru Berjudul “New Year’s Eve”

Sooyoung, Yoo Yeon Seok, Yoo In Na

Penyanyi kumpulan Girls’ Generation Sooyoung menyertai Yoo Yeon Seok dan Yoo In Na dalam filem rom-com terbaru berjudul New Year’s Eve.

Filem itu juga turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya Kim Kang Woo, Lee Yeong Hee, Lee Dong Hwi, Chen Du Ling, Um Hye Ran, dan Yoo Tae Oh.

New Year’s Eve berkisarkan tentang empat pasangan yang perlu mengatasi perbezaan dan masalah mereka sebelum memulakan tahun baru. Filem romantik komedi ini akan diarahkan Hong Ji Young (Will You Be There?, Marriage Blue).

Kim Kang Woo akan memainkan peranan sebagai Ji Ho, seo, rang detekif yang kasar tetapi mempunyai sifat sayang, manakala Yoo In Na akan membawa watak sebagai Ho Young, seorang jurulatih altet yang lembut tetapi suka menyendiri.

Yoon Yeon Seok dan Lee Yeon Hee akan memainkan peranan sebagai Jae Hyun dan Jin Ah, pasangan bercinta yang bertemu di Beunos Aires, Argentina. Sementara Sooyong sebagai Yoo Tae Oh, Lee Dong Hwi sebagai Yong Chan, ketua agensi pelancongan dan Chen Du Ling sebagai Yao Rin, tunang kepada Chan.

New Year’s Eve dijadualkan penggambaran memulakan penggambaran pada bulan November ini.

Related posts

Ji Jin Hee Mesti Membongkarkan Rahsia & Selamatkan Anaknya Dalam Teaser Terbaru “The Tragedy Of One”

Zulaikha

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Leave a Comment