Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Soo Ae Ditawarkan Peranan Dalam Drama Misteri “Gong Jak City”

Pelakon Soo Ae telah ditawarkan peranan utama dalam drama terbaru JTBC, Gong Jack City, lapor Soompi.

Sumber dari agensinya, Studio Santa Claus Entertainment, mengesahkan bahawa Soo Ae “telah menerima tawaran untuk bintangi drama tersebut.”

Gong Jak City adalah drama psikologikal misteri thriller mengenai hubungan rumit antara watak dengan pelbagai cita-cita dan keinginan dalam masyarakat yang menyembunyikan sisi gelap mereka. 

Drama tersebut akan memberi fokus pada watak wanita, dan Soo Ae telah ditawarkan peranan utama sebagai Yoon Jae Hee. 

Sekiranya Soo Ae menerima tawaran itu, ini akan menjadi drama TV pertamanya sejak 2016 (menerusi drama Sweet Stranger and Me). Sebelum ini, dia pernah ditawarkan peranan dalam drama Now, We Are Breaking Up, tetapi terpaksa menolaknya disebabkan masalah jadual. 

Gong Jak City akan diarahkan oleh Jeon Chang Geun, individu terlibat dalam rancangan seperti The Package, dan Mystic Pop-Up Bar. 

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha